Projek Diraja Chitralada

Projek Diraja CHITRALADA – Projek pertanian Chitralada adalah unik kerana ia dipercayai menjadi projek yang pertama seumpamanya di dunia yang diilhamkan oleh keluarga diraja.

Projek ini dijalankan di Istana Chitralada, yang menjadi kediaman Raja Bhumibol Adulyadej sejak 1961. Pelbagai aktiviti dan kajian telah dijalankam untuk peningkatan mutu dan hasil pertanian sesuai untuk diamalkan oleh petani di Thailand.

Continue reading Projek Diraja Chitralada

Asal Usul Nama – Kembar Siam

Sejarah mencatat, istilah kembar siam digunakan buat pertama kalinya untuk dua saudara kembar bernama Chang Bunker dan Eng Bunker. Mereka saling melekat di tulang sternum dan hati mereka. Akan tetapi masing-masing lengkap secara anatomi.

Mereka lahir pada 11 Mei 1811 di daerah Samutsongkram, Siam. Tempat kelahiran mereka di Siam ini kemudiannya menjadi asal muasal istilah ‘kembar siam’ yang akhirnya terus diguna pakai hingga sekarang. Continue reading Asal Usul Nama – Kembar Siam

Bangkok Kaya Pelbagai Selera

bangkok

Bangkok Kaya Pelbagai Selera : Budaya, makanan gerai, beli belah, hidupan malam

Tak kira apa minat anda, Bangkok, atau nama manjanya Big Mango, mampu menyediakannya: sama ada anda suka akan budayanya, gemar beli-belah di gedung besar atau menyesatkan diri di lorong-lorong chenta. Kata kuncinya adalah relaks. Turuti kata-kata Thai mai pen rai (apa yang bakal terjadi) dan sikap sanook (seronok itu mudah) dan anda takkan gagal untuk menikmati kota yang terkapar, mengelirukan dan cukup memikat hati ini.

Iklim Thailand

Iklim Thailand selalu dikatakan sebagai panas (November-Februari), lebih panas (Mac-April) dan basah (Mac-Oktober), dan terdapat sedikit variasi mengikut daerah. Bangkok adalah destinasi sepanjang tahun, walaupun April sangat panas dengan suhu mampu mencecah sehingga 40°C, dan bulan September dan Oktober biasanya banjir. Musim sejuk, dengan langit biru dan berangin paling menyeronokkan – tetapi ia juga saat paling sibuk bandar ini.

Terdapat 18 cuti umum dalam setahun di Thailand, di mana kebanyakan perniagaan ditutup, tetapi kedai dan restoran di pusat pelancongan kekal dibuka. Songkran, Tahun Baru Thailand dan percutian terbesar jatuh pada pertengahan April. Continue reading Bangkok Kaya Pelbagai Selera

Sejarah Ras Kucing Siam

Kucing Siam – sejarahnya lebih banyak berisi mitos dan legenda berbanding fakta. Walaubagaimanapun, banyak mitos yang menceritakan kucing ini memiliki ikatan khusus dengan kerajaan Siam.

Berdasarkan manuskrip, jenis kucing Siam merupakan salah satu ras kucing tertua dimana ia telah mula dikenal pasti pada abad ke-14. Sama seperti namanya, kucing ini berasal dari Thailand (dahulu dikenali sebagai Siam).

Penampilan dan sikapnya yang menarik menyebabkan kucing ini digemari oleh para bangsawan. Ketika seseorang anggota kerajaan meninggal dunia, mereka percaya kucing ini akan menerima jiwa orang tersebut. Oleh yang demikian, kucing ini akan dipindahkan ke kuil untuk menghabiskan sisa hidupnya dalam kemewahan. Biarawan dan pendeta yang tinggal di kuil akan bertindak sebagai pelayannya.

Continue reading Sejarah Ras Kucing Siam

Daya Tarikan Kota Bangkok Thailand

Budaya, makanan gerai, beli belah, hidupan malam ; Bangkok Kaya Pelbagai Selera. Di Bangkok atau nama manjanya Big Mango, kuncinya adalah untuk relaks. Turuti kata-kata Thai mai pen rai (apa yang bakal terjadi) dan sikap sanook (seronok itu mudah) dan anda takkan gagal untuk menikmati kota yang terkapar, mengelirukan dan cukup memikat hati ini.

Iklim Thailand

Iklim Thailand selalu dikatakan sebagai panas (November-Februari), lebih panas (Mac-April) dan basah (Mac-Oktober), dan terdapat sedikit variasi mengikut daerah. Bangkok adalah destinasi sepanjang tahun, walaupun April sangat panas dengan suhu mampu mencecah sehingga 40°C, dan bulan September dan Oktober biasanya banjir. Musim sejuk, dengan langit biru dan berangin paling menyeronokkan – tetapi ia juga saat paling sibuk bandar ini.

Terdapat 18 cuti umum dalam setahun di Thailand, di mana kebanyakan perniagaan ditutup, tetapi kedai dan restoran di pusat pelancongan kekal dibuka. Songkran, Tahun Baru Thailand dan percutian terbesar jatuh pada pertengahan April.

Tarikan Membeli belah

Daripada gedung mega Siam Paragon dan CentralWorld ke pasar malam menawarkan produk berjenama tiruan, Bangkok adalah syurga beli-belah. Pasar paling terkenal bandar ini, Chatuchak Weekend Market (dikenali sebagai JJ bagi orang tempatan), mempunyai 6,000 gerai menjual apa saja dari barang antik ke batu permata ke denim vintaj dan seni berkualiti.

Pengangkutan Awam

Bangkok Mass Transit System (keretapi udara BTS) dan Mass Rapid Transit (MRT) adalah bersih, efisyen dan murah – gunakannya bila perlu. Teksi juga murah dan banyak; anda perlu beritahu kepada pemandu untuk gunakan meter. Tuk tuk menyeronokkan, tetapi bising dan mencemarkan jadi lebih sesuai untuk perjalanan jarak dekat. Sementara ada pilihan untuk menggunkan teksi motor di sini, perlu beringat yang anda takkan dilindungi insurans perjalanan jika berlaku kemalangan.