Raja Bhumibol Adulyadej – Raja Paling Kaya di Dunia

Bhumibol Adulyadej menggunakan gelaran Rama IX dan paling lama berkuasa di Thailand. Baginda mula memerintah pada 9 Jun 1946 dan ditabalkan pada 5 Mei 1950.

Menurut Forbes, jumlah kekayaan yang dimiliki oleh baginda ialah sekitar USD30 million. ‘Crown Property Bureau’
menguruskan semua kekayaan dan pelaburan baginda. Ia termasuklah 1.340 hektar tanah di kota Bangkok dan 5.340 hektar tanah di pelbagai wilayah luar bandar di Thailand.

Selain itu, baginda turut memiliki 32 peratus saham Siam Cement, 23 peratus saham Siam Commercial Bank dan berbagai jenis pelaburan yang lain.

Continue reading Raja Bhumibol Adulyadej – Raja Paling Kaya di Dunia

Pasar Borong Pertanian – Talaad Thai

Talaad Thai – pasar borong pertanian bersepadu utama di Thailand yang beroperasi 24 jam. Didirikan pada tahun 1995 dan diuruskan oleh Thai Agro Exchange Co. Ltd sebagai pusat pengedaran bagi produk pertanian tempatan dan luar negara.

Terletak 40km di utara Bangkok, di kawasan seluas 80 hektar, pasar ini mempunyai ruang untuk buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan hasil laut, tanaman, bunga dan makanan kering.

Pasar ini menempatkan segala produk pertanian, ternakan dan perikanan yang dihasilkan petani dari seluruh Thailand, malah juga produk pertanian dari luar negara, untuk proses jual-beli yang sistematik.

Seramai 100,000 orang bekerja di pasar ini termasuk 3,500 orang peniaga / pemborong.

Continue reading Pasar Borong Pertanian – Talaad Thai

Lapangam Terbang Antarabangsa Bangkok, Thailand

Lapangan Terbang Suvarnabhumi (bahasa Thai : disebut suwanapoom) –  juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok.

Mula dibuka untuk semua penerbangan komersil pada 28 September 2006. Lapangan terbang ini merupakan hab utama untuk Thai Airways International serta Bangkok Airways.

Nama Suvarnabhumi dipilih sendiri oleh Raja Bhumibol Adulyadej sempena nama sebuah kerajaan diraja kuno yang dikatakan berpusat di salah satu kawasan di Asia Tenggara.

Continue reading Lapangam Terbang Antarabangsa Bangkok, Thailand

Bunga Kebangsaan Thailand – Ratchaphruek

Bunga kebangsaan untuk negara Thailand ialah Ratchaphruek (Cassia Fistula Linn). Di Indonesia, pokok bunga ini dipanggail Tengguli (Tidak pasti apa orang Malaysia panggil).

Bunganya kecil-kecil dan berwarna kuning. Orang Thai khususnya penganut Buddha menggangap warna kuning itu sebagai warna  agama Buddha yang melambangkan kemenangan dan kecemerlangan. Selain itu, ia juga menjadi lambang keharmonian dan kesatuan hati rakyat Thailand.

Bunga ini biasanya berkembang dalam bulan Februari hingga ke Mei. Bunga ini banyak ditanam di sepanjang jalan di negara gajah putih ini.

Continue reading Bunga Kebangsaan Thailand – Ratchaphruek

MBK Shopping Mall Bangkok

Pusat Membeli Belah MBK, Bangkok merupakan kompleks membeli belah 8 tingkat yang mempunyai kira-kira 2,000 unit kedai, restoran dan servis outlet dengan keluasan sekitar 89,000 meter persegi

MBK juga dikenali sebagai Mahboonkrong sempena nama ibu bapa pemaju yang membangunkan pusat membeli belah ini iaitu Sirichai Bulakul – Mah & Boonkrong. Ia dimiliki oleh Thanachart Bank & Dusit Thani Group dan merupakan pusat membeli belah terbesar di Asia sewaktu mula dibuka pada tahun 1985. Continue reading MBK Shopping Mall Bangkok