Hubungan Perdagangan Malaysia Thailand

Thailand merupakan rakan dagang Malaysia kelima terbesar dan Malaysia adalah rakan dagang keempat terbesar Thailand.

Malaysia dan Thailand menyasar untuk meningkatkan lagi perdagangan dua hala kepada USD30 bilion (RM113.4 bilion) menjelang tahun 2018.

Pada tahun 2014, nilai eksport Malaysia ke Thailand adalah bernilai USD12.3 (RM46.5 bilion) berbanding nilai import bernilai USD12.1 bilion (RM45.7 bilion).

Kedua-dua negara sedang memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi dan hubungan jalan kereta api serta jalan raya di sepanjang sempadan. Continue reading Hubungan Perdagangan Malaysia Thailand

Istana Raja – The Grand Palace, Bangkok Thailand

The Grand Palace (bahasa Thai: Phra Borom Maha Ratcha Wang) adalah kompleks bangunan istana yang terletak di Bangkok, Thailand.

Istana Raja ini berfungsi sebagai kediaman rasmi Raja-raja Thailand sejak abad ke-18 sehingga kini. Istana ini mula dibina pada tahun 1782 pada masa pemerintahan Raja Rama I.

Meskipun bergelar Istana Raja, Raja Thailand yang sekarang, Raja Bhumibol Adulyadej tidak bersemayam di istana ini. Baginda bersemayam di Istana Chitralada.

Meskipun tidak lagi dihuni oleh raja, istana ini masih digunakan untuk upacara rasmi dan ritual kerajaan.

Continue reading Istana Raja – The Grand Palace, Bangkok Thailand

Nama Penuh Kota Bangkok, Thailand

Nama penuh bagi Bangkok ialah “Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit”.

Ia membawa maksud – Kota malaikat, kota besar, kota intan abadi, kota Dewa Indra yang tidak terkalah, ibu kota agung dunia yang dikurniakan sembilan batu permata berharga, kota kebahagiaan, penuh dengan Istana Kerajaan yang sangat besar menyerupai syurga dibawah pemerintaha dewa-dewa, sebuah kota yang diberikan oleh Indra dan dibangun oleh Wishnu. Continue reading Nama Penuh Kota Bangkok, Thailand

Asal Usul Nama Bangkok

Bangkok atau dalam bahasa Thailand Krung Thep / Krung Thep Maha Nakhon merupakan ibu kota dan kota terbesar di Thailand.

Kota ini terletak di tepi barat Sungai Chao Phraya, dekat Teluk Thailand. Dikatakan, nama Bangkok berasal dari Bang Makok / Bang Koh.

Bang – sebutan dalam bahasa Thailand yang bermaksud bahagian tengah untuk kota atau desa.

Makok –  nama dalam bahasa Thailand untuk Spondias pinnata /Spondias mombin / Elaeocarpus hygrophilus. Ia merupakan tanaman yang banyak ditanam di kawasan ini.

Koh – “pulau”, merujuk kepada suatu wilayah yang dikelilingi oleh sungai.

Continue reading Asal Usul Nama Bangkok

Apa Itu Miang Kham

Miang Kham @  Thai Leaf Wraps – Sejenis makanan pembuka selera orang siam.

Antara bahan – bahan : daun kadok secukupnya, limau nipis, halia muda, cili padi merah/hijau, kacang tanah yang digoreng, bawang merah, udang kering thai, kelapa goreng (hiris halus kelapa dan goreng hingga perang tanpa minyak), bunga kantan, sos manis.

Cara makan : Ambil sehelai daun kadok, letak sikit setiap bahan mengikut selera, masukkan sos manis secukupnya. Bungkus sikit dan kunyah. Continue reading Apa Itu Miang Kham