NAIK TUT TUT

image

Van yang membawa kami balik ke hotel tak muncul – muncul dikkk. Janji pukul 2 petang. Tapi tunggu sampai pukul 3 ptg, tak juga muncul. Tak faham dengan dia ini.

image

Last-last kami balik naik tut tut je hihi. THB100 sahaja pun. Memamg kow kow murah pemandu tu bagi kami.

image

Pemandu tu umurnya 32 tahun dan baru ada anak seorang. Dia cerita, kos untuk tut tut ini lebih kurang THB100 (lebih kurang RM10) sahaja sehari sebab diorang guna LGV. Dengan kata lain, memang menguntungkan kalau meniaga tut tut ini.

Dia ada cerita juga masalah kos sara hidup di Thailand ini. Semakin hari semakin mahal. Kiri kanan ada pembangunan hartanah / kondominium. Tapi orang biasa macam dia tidak mampu nak beli. Masalah dunia rupanya.

Yelah, pemaju lebih suka buat pembangunan mewah berbanding sederhana atau kos rendah sebab untungnya lebih cepat dan banyak.

BERURUT DI CHATUCHAK MARKET

image

Di Thailand ini memang popular dgn urut sana sini. Dimana sahaja pasti ada kedai urut. Harganya pula jauh lebih murah. Hanya THB200 atau RM20 sahaja untuk satu jam ( harga purata).

image

Aku pula memang tak tahan sakit picit sana sini. Menjerit sana sini lah jawabnya hihi.

Apapun, kalau pergi Thailand, jangan lepaskan peluang untuk mengurut. Barulah feel dikk.

image

MAKAN DI CHATUCHAK MARKET BANGKOK

image

Kami makan tengahari di sekitar menara jam Chatuchak. Ada beberapa kedai muslim yang halal disitu. Gerai makan biasa sahaja dan nampak gaya memang ramai yang datang menyinggah kat sini.

image

Tak susah nak cari tempat makan halal kat sini. Memang banyak je restoran yang letak tanda halal. Insyaallah, halal lah tu.

image

Aku dan 2 orang lagi kawan dok order je mana yang rasa berkenan. Aku order mana yang nampak pedas je.

image

Jumlah bayaran yang kami makan ialah THB610. Jumlah yang agak mahal untuk tempat makan macam tu. Dah macam level makan kat Black Canyon je huhu.

image

Harga makanan kat Thailand memang lebih mahal berbanding Malaysia. Itu aku akui.

image

JUS LIMAU DI CHATUCHAK MARKET

image

Sektor pertanian di Thailand ini memang sedia maklum lebih baik dan maju berbanding Malaysia. Kat sana sini ada je orang jual jus segar. Tapi agak mahal sedikit harganya. Contohnya untuk lebih kurang RM2 dan RM5.

image

Jus limau tu diorang perah disitu juga. Rasa pun memang segar, manis dan sedap yang amat. Tak pasti limau jenis apa nie. Katanya memang banyak ditanam di Thailand ini.