JALAN JALAN KE CHATUCHAK MARKET BANGKOK

image

Area pukul 9 pagi macam tu, kami ke Chatuchak Market. Lebih kurang 15 minit perjalanan dari hotel ke sini via kereta. Kalau naik train, tak tahu berapa lama. Tapi memang dekat je pun.

image

Chatuchak ini kiranya macam Ben Tan Market di Ho Chi Minh Vietnam. Versi Thailand yang lebih besar, kemas, teratur dan pelbagai.

image

Aku nie duduk bujang, tak banyak yang ingin aku beli. Aku beli 2 pasang baju tshirt dan 2 pasang seluar kain kaftan sahaja pada harga THB200 dan THB310.

image

image

Kat sini harganya boleh jadi murah atau super mahal. Malam Salina kata, ada batu tshirt tu berharga THB250 disini tapi kalau di MPK harganya cuma THB99 sahaja. Kene pandai cari kedai, cari barang dan menawar sehabis mungkin.

image

1st step yang perlu tahu ialah peta lokasi. Boleh ambil di kaunter informasi diorang atau tengok je kat internet. Tapi lebih baik ambil di kaunter informasi sebab lebih up to date.

image

image

image

SARAPAN DI ASIA HOTEL BANGKOK

image

Agak susah sedikit bercuti di negara bukan Islam ini. Serba serbi makan tak halal dan diragui kan. Kalau nak makan pun kene amik buah atau yang vegetarian sahaja.

image

Aku bersarapan nasi putih, buah, telur dan timun sahaja untuk pagi pertama di Bangkok ini. Nak makan pelik pelik pun risau juga. Tak tahu apa campurannya.

Kira kenyanglah juga huhu

MUKA ORANG SIAM

image

Salina kata, muka aku dah macam orang Thailand. Ermmm, nak buat macam mana. Memang orangnya pun comel belaka. Pergi mana mana pun muka lebih kurang.hahahahah.

image

Enjoy betul jejalan dengan diorang. Satu pejabat lah katanya. Kat pejabat jarang jumpa, kalau jumpa pun atas urusan kerja. Aku, Salina dan En irwan pula sibuk bekerja di luar. Sabar je lah dik.

BELI BUKU BUDDHA

image

Terlebih rajin pula aku di MPK Bangkok ini. Dok menyinggah di kedai buku. Majoriti buku disini adalah dalam bahasa Thailand. Oh, alangkah indahnya kalau Malaysia macam ini.

image

Aku beli pun sekadar sesaja je. Agak tertarik dengan tajuk buku dan isi kandungnya. Nak juga tahu apa asal usul agama diorang ini dan siapa itu Buddha.

image

Tak menyempat lagi nak baca. Nanti Insyaallah dalam kapal terbang nak balik aku baca.

Harga buku ini pun tak lah mahal sangat. THB345 sahaja.

MAKAN MALAM DI MPK BANGKOK

image

Kami makan malam di Fifth Avenue MPK. Makan berkonsepkan medan selera. Nak masuk diorang akan bagi kad yang bernilai THB1000 dan belanjalah sampai seberapa banyak yang nak.

image

Tapi secara keseluruhannya, makan di Malaysia lebih sedap + bagus + murah berbanding di Bangkok Thailand ini. Nampak macam semuanya serba serbi mahal tapi tak lah semaju Kuala Lumpur.

image

image

Aku rasa, tiada apa yang menarik perhatian aku di Bangkok ini. Tiada bezanya dengan Malaysia. Bahkan, aku rasa di Malaysia serba serbi lebih baik rasanya.

image

image

Ini telah menyebabkan aku rindu pada Malaysia.

image