BELI AKSESORI TELEFON

image

Aku tengok, barangan aksesori telefon di Thailand ini jauh lebih meriah berbanding Malaysia. Macam macam ada kat MPK ini. Silap silap, aku borong semua kat sini. Habiskan duit disini sahaja hahaha.

image

Aku tukar casing Samsung Note 3 dan screen protectornya sekali. Harganya adalah THB280 dan THB250 sahaja. Lebih kurang harga Malaysia.

Harganya akan jadi lebih murah lagi kalau rajin menawar. Ala, konsep macam kat Lowyat atau Sungei Wang Plaza je.

Tapi kene hati-hati sebab diorang ini pantang. Nak menipu je kerjanya. Tahu bukan orang tempatan,diorang kasi tekan harga mahal nak mampos.

Macam kes aku pula lain. Aku bagi dia THB1000 tapi di katanya aku bagi THB500 sahaja. Pastu buat muka tak bersalah. Kepala hangguk punya penjual tu. Nasib baik dia mengaku.

MENGINAP DI ASIA HOTEL BANGKOK

image

Kami menginap di Asia Hotel Bangkok. Hotel 5 bintang yang boleh dikatakan strategik dan tempatnya pun ala-ala bukit bintang versi Thailand. Dekat je dengan shopping mall yang high end dan yang murah macam Pavilion / Sungei Wang etc.

image

Asia Hotel Bangkok ini bertaraf 5 bintang katanya. Tapi kan, walau dimana sahaja aku pergi, hotel di Malaysia tetap terbaik dari segi perkhidmatan dan value chain nya.

image

Bayangkan, di sini diorang tak ada perkhidmatan saterika. Kalau nak kene hantar ke laundry diorang. Alasannya tak mahu karpet atau tilam rosak terbakar. Pengsan.

image

Nasib baiklah aku pakai baju t-shirt je kat sini. Jadi tak perlu guna seterika sangat ahaks.

image

Katanya service front office diorang pun azab. Sabar je lah.

PROSES CHECK IN YANG LAMA

image

Kami menginap di Asia Hotel Bangkok. Kedudukan yang aku rasa amat strategik jika aku pergi dengan menggunakan Public Transport diorang – dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

image

Ruang legar di hotel ini pun cantik. Tapi sayang, kami pulak yang dapat customer service di front office yang lambat. Bodoh sombong katanya. Sabar je lah.

1 jam jugak agaknya kami menanti proses untuk dapatkan bilik. Tak tahu apa yang dibuatnya.

Kemudian aku punya bilik ada masalah kad. Aku tak boleh nak masuk. Terpaksalah turun bawah dan minta diorang perbetulkan. Hurmmm, sabar je lah.

image

image

MAKAN DI USMAN THAI MUSLIM RESTAURANT

image

Kami dibawa makan tengahari di Usman Thai Muslim Restaurant. Aku sendiri pun tak tahu sedap atau tidak makan di sini. Ikut je diorang bawa makan kat mana huhu.

image

Khabarnya makan di sini memang popular dan sedap. Ramai orang Malaysia makan kat sini katanya. Memang nampak pun ramai orang Malaysia yang makan disini secara berkumpulan.

image

image

Pada pandangan aku, makanan disini tidak sesedap Malaysia. Especially kalau orang Kelantan/selatan Thai yang masak. Rasa masakan di Restaurant ini serba serbi sahaja. Tidak menggambarkan keenakan masakan Thailand langsung. Kecewa.

image

image

image

image

Apapun, aku makan je coz perut lapar kan. Sabar je lah huhu.

image

image

Syukur alhamdulillah.