HANOI VIETNAM

hanoi01

Kalau tak silap, aku pergi ke Hanoi Vietnam selama antara 2 atau 3 hari rasanya. Tak ingat. Tapi tak banyak yang aku boleh kongsikan disini. Nantilah, sedikit demi sedikit aku kongsikan lagi.

Kain disini pun macam di Indonesia juga. Murah murah belaka. Bos aku beli kain yang harga disini lebih kurang RM30 tapi kalau di Malaysia katanya ratusan ringgit.

  1. Pertama kali ke Hanoi Vietnam
  2. Suasana sekitar Hanoi
  3. Sup orang Vietnam

 

SUP ORANG VIETNAM

DSC_1801

 

Salah satu sebab mengapa orang Vietnam ini cantik dan kurus jelita adalah kerana diet pemakanan diorang. Nampak gaya diorang lebih banyak makan sup yang very the banyak sayur sayuran.

DSC_1804

 

Kami makan sup vietnam ini di Hotel milik rakyat Malaysia disini. Tak ingat samaada Hotel Berjaya atau Hotel Sunway. Yang handle pun memang orang Malaysia. Jadi mudah untuk minta apa apa.

DSC_1807

 

Aku still boleh masuk dengan makanan orang Vietnam ini sebab sup je kan. Pusing-pusing tetap sama. Cuma kalau aku buat sendiri, tetap nak kene bubuh sambal kicap sebagai penambah perisa yang pedas ahaks.

PERTAMA KALI KE HANOI VIETNAM

DSC_1764

 

Muka blurr dan cuak sebab ini adalah kali pertama aku bertugas di luar negara. Anak-anak kecil yang baru belajar erti kebesaran dan sistem pentadbiran memang macam ini. Serba serbi kelihatan kekok.

DSC_1766

DSC_1771

 

Hanoi, ibu negara Vietnam. Khabarnya susah nak dapatkan makanan halal disini. Kalau bukan kerana urusan kerja, memang aku tak akan datang sini. Sebab tak tahu nak buat apa disini kan. Daya tarikan disini pun aku tak pasti apa.

DSC_1781

 

Apapun, kita kene bersyukur sebab Malaysia memang antara negara yang maju di rantau ASEAN ini. Sini negara berideologi komunis, jadi sana sini nampak orang berpakaian ala-ala tentera.

Ohh, apapun aku tetap suka Ho Chi Minh City.

DSC_1795

DSC_1798