MAKAN MASAKAN MANADO

image

Pertama kali makan masakan Menado. Salah satu restoran masakan Manado yang popular di indonesia ini ialah Restaurant Beautika. Terletak di area Universitas Mustopo, Jakarta.

image

Aku tak order makanan. Serahkan sahaja kepada bos-bos untuk order makanan. I follow je. Tak tahu macam mana rupanya masakan Manado huhu.

image

image

Inilah antara makanan yang dipesan oleh bos-bos. Pedas yang amat dikk. Hairan aku, cili jenis apa yang diorang gunakan dalam masakan. Pedas sampai ke telinga.

image

image

Tengoklah En Syed, makan sampai keluar air mata dibuatnya hahahahaha.

Tak pedas, makan tak sedap dikkkk.

PILIHANRAYA PRESIDEN INDONESIA

image

Rupanya sekarang ini, Indonesia sedang rancak berpilihanraya bagi memilih Presiden yang baru huhu. Bulan depan katanya diorang mengundi. Then, dijangkakan pada bulan 10 ini diorang akan dapat seorang Presiden baru.

Aku sendiri tak faham sangat dengan sistem negara republik nie. Macam mana diorang pilih pun tak tahu cz Malaysia pilih parti…bukan individu.

Kat mana mana ada je banner, billboard dan kain rentang calon yang bertanding. Tapi tak lah se messy kat Malaysia. Kat sini aku tengok still under control lagi hihi.

LAPANGAN TERBANG SOEKARNO HATTA, JAKARTA

image

Syukurlah nak, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta Indonesia. Gigih mencilok dari dari seat No 23 ke No 17. Aku ler orang paling last yang keluar dari flight. Sampaikan big bos tunggu aku.

image

Tak tahu ler apa yang travel agensi itu fikirkan. Ini kalau SUA tahu, mahu dia ‘menegur’.

image

Ermmm, rugi tak ambil gambar time nak landing tadi. Nak buat macam mana, hati tak keruan menahan nak buang air hihi. Nampak macam meriah je sektor perikanan kat area sini ( tengok dari udara ).

Tak banyak nak cerita pasal pengalaman di lapangan terbang ini cz aku pergi untuk urusan rasmi. Apapun, agak besar jugak lapangan terbang nie. Sampaikan nak pergi ke bilik rehat pun kene naik bus.

image

Unik hiasan dan bau wangian kat sini. Very the jawa u ollz.

image

image

JAKARTA BANDUNG

image

Ke Jakarta Bandung lah pula. Entry Itali tak siap lagi, sudah travel plak ke Indonesia. OK OK, now aku kene kembali buat entry secara LIVE. Semua kene buat secara live blogging.

Insyaallah, kita usahakan ahaks.

image

Hurmm, ini adalah lawatan rasmi ke luar negara aku. 3 hari jugalah kan. Doakan yang baik baik sahaja OK.

2 jam masa perjalanan KLIA to Airport Jakarta. Hurmm seat aku A, susah nak keluar. Speechless jap. Dapat orang sebelah yg agak sombong dan tidak mesra alam. Hishhhh, nak keluar kencing pun susah. Sentap!

JAKARTA BANDUNG INDONESIA : JADUAL DAN TARIF KERETAPI PART 1

Syukur, aku diberi petunjuk untuk mengodek mana mana laman portal. Terus direct kepada laman web http//www.kereta-api.co.id untuk check jadual dan harga tiket. Aku tengok, lain hari memang lain harga dan mananya. So far di laman portal ini, aku tengok hanya info mengenai Agro Parahyangan sahaja yang dinyatakan. Tak pasti, mungkin lain lain pengedali kot.

Secara kasarnya, aku perhatikan harga tiket bagi hari minggu adalah lebih mahal sedikit berbanding hari biasa. Iaitu samaada Rp60K atau Rp80K untuk kelas eksekutif. Disini, aku lebih tekankan untuk mencari meklumat mengenai kelas eksekutif sahaja. Alasannya mudah, mahu yang lebih selesa dek kerana perjalanan yang jauh serta tidak mahu menanggung risiko.

Anggaran jadual perjalanan kasar bagi Agro Parahyangan bagi Jakarta (Station Gambir) menuju ke Station Bandung pula ialah :

Jam 5.55 – Jam 9.01
Jam 8.25 – Jam 11.24
Jam 10.35 – Jam 13.46
Jam 15.50 – Jam 19.02
Jam 17.50 – Jam 20.44
Jam 20.25 – Jam 23.25

Manakala anggaran perjalanan kasar bagi Station Bandung menuju ke Jakarta (Station Gambir) pula ialah :-

Jam 5.00 – Jam 8.01
Jam 6.30 – Jam 9.34
Jam 12.00 – Jam 14.57
Jam 14.30 – Jam 17.22
Jam 16.30 – Jam 19.34
Jam 19.50 – Jam 22.49

Besar kemungkinan jadual dan tarif ini akan berubah semasa aku berada disana. So, kene pastikan aku sentiasa alert dengan laman portal ini. Pengsan

Pada masa yang sama juga, aku kene buat perbandingan dengan Jadual dan tarif Agrogede. Which one is better dan suit with our schedule.