Berhajat pada Istanbul, Turkey

Perasaan dihati rasa membuak-buak nak bercuti & berjalan keluar negara melihat tempat orang. Rasa macam sudah lama benar tak melancong. Walhal kalau nak diikutkan, awal tahun ini aku baru je ke London-Paris-Amsterdam. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki daripadanya.

Tahun 2019 nanti aku berhajat dan merancang untuk ke Istanbul Turkey. Yelah, asyik pergi negara majoriti non muslim je. Teringin pula nak melancong ke negara muslim. Khabarnya senibina dan tinggalan sejarahnya hebat. Aku yang suka bab sejarah2 ni sudah tentu suka. Orang kata, jika kita terpesona dengan senibina tinggalan sejarah di Eropah, sudah tentu kita akan double triple terpesona dengan senibina peninggalan sejarah di Turki. Katakan sahaja tamadun mana – Yunani, Rom, Parsi dan Islam. Kesemuanya pernah bertembung dan berkembang disini. Sweet sangat.

Aku ada juga bertanya kawan-kawan yang pernah berkunjung kesini. Turki ini besar dan sana sini cantik dan punya daya tarikan hebat. Jadi, kalau nak jimat kos boleh je cover Istanbul. Itu sudah memadai katanya. Nanti kalau ada rezeki lain, boleh je melawat tempat-tempat lain pula. Tapi, kalau dah rezeki berduyun2, apa salahnya cover satu negara terus kan ahaks.

Seperti biasa, aku merancang bawah 10 hari punya perjalanan. Tapi kalau bajet lebih, kita anjak kepada 14 hari. Fully utalised segala yang ada. Insyaallah okay.