Di Florence ini, diorang ada buat undang-undang, bas / kenderaan berat tidak boleh masuk ke tempat kawasan tumpuan pelancong. Setiap pelancong perlu di turunkan di satu tempat dan diorang kene jalan kaki. Gitew kaedahnya.
Kami dibawa ke pusat bandar Florence katanya. Wow, banyak anak patung bogel disini. Aku pun tidak tahu apa motif diorang membogelkan anak anak patung yang diukir ini. Zaman renaissance dulu katanya. Sampaikan patung tuhan/dewa mereka pun dibogelkan. Sabar je lah.
Aku dengar kusyuk je abang pelancong berbangsa itali itu cakap. Sangat sedap yer intonasi suara dia. Dan berdasarkan kepada lenggok bahasa dan gaya percakapannya, memang bangsa itali sangat bangga dengan budaya dan kemajuan nenek moyang mereka. Jati diri utuh gitew.
Itali ini kan negara kristian. Jadi dimana-mana sahaja mesti ada gereja. Kebanyakkannya memang gereja yang punya sejarah tersendiri.
Gereja St Mary ini merupakan gereja yang utama di Florence.Mula dibina pada tahun 1296 dan siap pada 1436. Lama betul tempoh pembinaannya kan. Pemandu pelancong itu ada cerita akan sejarah gereja ini. Ada kaitan dengan pembaptisan / St Marry itu sendiri.
 Tak ingat sangat apa yang pemandu pelancong itu cerita. Something yang aku tak jumpa dalam buku pembacaan aku lagi. Tak tahulah kalau aku terlepas pandang kan huhu.
Oh ya, pemandu pelancong itu pun kata, dia dibaptiskan di gereja ini. Aku sendiri tak mahu ulas banyak pasal sejarah gereja ini. Takut salah tulis + kita punya pegangan yang berbeza.