PERJALANAN DARI MILAN KE FLORENCE

20140528_090312

Selepas Milan, destinasi kedua kami adalah Florence, Itali. Perjalanan dengan menggunakan bus mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih katanya. Pengalaman yang mengasyikkan dan aku masih lagi tidak percaya yang pada ketika itu aku berada di bumi Itali dikkkkk hahahaha.

20140528_091341

Aku memang tidak tidur di sepanjang perjalanan. Lebih asyik menikmati pemandangan yang ada. Seronok dan bersyukur kerana aku diberi peluang untuk melihat negara orang. Selama ini aku tidak terfikir pun untuk pergi mengembara di negara orang. Jauh sekali untuk sampai ke eropah dan jauh jauh sekali untuk datang ke Itali.

Landkapnya jauh berbeza dengan apa yang boleh aku lihat di Asia Tenggara / Hong Kong. Iklim berbeza kan dikkk. Tak terungkap dengan kata-kata gitew.

20140528_093251

20140528_094656

Kami berhenti di stesen minyak + R&R diorang. Tak lah sesibuk R&R yang ada di Malaysia. Kawasan R&R nya pula lebih luas.

20140528_094343

Aku pula sudah start batuk-batuk dan selesema. Memang spoil mood melancong betul. Yelah kan, budak kampung datang ke negara beriklim sejuk. Memang macam tu lah hahahaha.

20140528_094328

Takjub yang amat aku dengan gunung ganang yang kami lalui disepanjang perjalanan. Bertambah kagum pula dengan binaan highway yang kami lalui. Seram sejuk pulak kalau tengok ke bawah. Memang dalam betul gaung tu huhu.

20140528_104912

20140528_104629

 

Alangkah indahnya kalau dapat golek-golek sebentar kat sini. Nak juga merasa kehidupan kampung di eropah. Bagaimana yer rasanya?

KESIMPULAN – MILAN

image
Milan – Kesimpulan yang boleh aku buat untuk kota fesyen ini ialah wow. Memang seronok dan teruja dengan culture dan cara hidup disini. Memang beza betul persekitaran negara maju dengan negara yang sedang rancak membangun. Budaya diorang lain.

Kesemua orang kat Milan ini aku tengok stylo sokmo. Tak kisahkan berapa harganya pakaian diorang, semua orang yang aku jumpa memang bergaya sungguh. Pandai berfesyen kot. Terletak semuanya. Kagum betul.

Yang hairannya, disini kebanyakan kedai makan yang fine dining start buka pukul 6 petang. Dah tu? Sebelum pukul 6 tu diorang tak makan ke? Masak sendiri di rumah atau memang makan tepat pada waktunya? Sampai sekarang aku tak sempat nak cari jawapan.

Seandainya diberi peluang dan rezeki lebih lagi, nak je datang sini lagi. Tapi dengan syarat kene bawa ongkos lebih sedikit.

Nak buat macam mana kan. Kebanyakan harga barangan di sini lebih murah berbanding dengan apa yang ada di Malaysia. Kekadang hangguk jugak cz diorang kan guna matawang Euro. Memanglah angkanya nampak kecil. Cuba kalau di convert terus. Ada yang tak menyinggah terus hahahahaha.

Pengalaman yang menyeronokkan.

ITALI – MILAN, FLORENCE, VENICE, PISA, VATICAN CITY DAN ROME

ItalianFlag

Disember 2014 – akhirnya aku berkesempatan untuk menyambung sedikit demi sedikit entry pengalaman aku bercuti di Itali. Percutian selama 8 hari 5 malam ( 25 Mei hingga 1 Jun 2014). Jarak masa perjalanan ialah lebih kurang 15 jam macam tu ( lebih kurang). Kami pergi ke Itali secara berpakej lebih kurang RM6650 seorang ( All in One ).

Ini adalah tempat-tempat yang kami lawati : Milan – Florence – Venice – Pisa – Vatican City – Rome.

Entry ini akan mengumpulan segala post aku mengenai itali. Take time jugak nak habiskan. Yelah kan, nama pun 8 hari 5 malam. mahu sebulan nak habiskan agaknya. Harapnya habis sebelum 2015. Pertengahan tahun depan plannya nak ke England + France pulak. Jenuh pulak nak buat entry double.

Apapun, berjuta kali ingin aku ucapkan kepada my bos yang telah mengheret aku bercuti dengan dia. Kalau dia tak ajak, sampai bila pun aku tak akan pergi ke sana hahahahahaha. Pengsan sejuta kali jua.

  1. Persediaan ke Itali
  2. Bahasa Itali
  3. Itali aku Datang
  4. Pertama Kali Naik Qatar Airway
  5. Kuala Lumpur ke Milan
  6. Airport Milan, Itali
  7. Naik Teksi di Milan Itali
  8. Singgah di Rumah Apartment di Milan
  9. Pusat bandar milan
  10. Sarravalle Designer Outlet
  11. Beli apa di SarravalleĀ 
  12. Hujan di Itali
  13. Stadium Bola Sepak AC Milan
  14. Galleria Vittorio Emanuele 2
  15. Suasana petang di Milan
  16. Makan malam di Milan Itali
  17. Piazza Del Duomo Milan
  18. NH Hotel Milan
  19. SarapanĀ Hotel di Milan
  20. …..
  21. …..

SARAPAN HOTEL DI ITALI

image

Kita sambung balik entry untuk trip di Itali hihi. Ermmmm, sambung bab makan makan plak. Sepanjang di Itali, diorang bagi kami makan croissant sokmo. Kat Malaysia aku boleh lah mengelak elak makan kan. Tapi kat Itali aku terpaksa makan. Not my citarasa lah beb. Hurmmmmm…. makan je lah.

image

Croissant ini makanan harian orang Itali kot. Tiap tiap hari aku tengok diorang sarapan croissant + roti.

image

Hari pertama aku boleh gagahkan lagi. Tapi hari seterusnya rasa nak balik Malaysia makan nasi banyak banyak hahahahaha.

Oh ya, jika mahu dibanding dengan sarapan hotel di Malaysia, memang jauh beza. Kat Malaysia, 1001 macam sarapan diorang sediakan. Tapi kat negara luar, dibaginya sarapan yang sedikit + siap catu lagi. Pengsan dik.

NH HOTEL MILAN

image

Di Milan, kami menginap di NH Hotel yang terletak tidak jauh daripada Milan Airport.  Bentuk bangunannya unik : nampak macam condong sedikit hihi.

image

Katanya Hotel ini bertaraf 4 bintang. Yeker? Macam tak percaya je hahahaha. Kalau kat Malaysia,  ini boleh di kategorikan 3 bintang je hihi. Alasan aku ? Tiada perkhidmatan seterika baju ( kene pergi seterika baju di bilik khas diorang ) dan tiada cerek air.

English diorang pun outside!!!! Macam ayam itik bercakap je. Azab sangat kalau bercakap dengan diorang via phone hahahaha. Aku kene ready dengan google translate kat smartphone. Pengsan.

image

image

Konsep bilik air diorang nampak lain kan? Hairan aku, apa gunanya mangkuk tandas yang lagi satu tu? Untuk buang air kecil? Untuk cebuk? Atau untuk basuh baju?

Pastu, diorang siap sediakan berus tandas lagi tu. Memang perlu ke? Setiap hotel dan rumah kenalan yang aku pergi mesti macam ini.

Satu perkara yang aku perasan, lubang tandas tu nampak macam memang kene berus selepas guna. Macam something wrong. Dok melekat sokmo. Apa material yang diorang guna sebenarnya? Tak faham aku dibuatnya huuuuuu.

image