PIAZZA DEL DUOMO MILAN

image

Piazza Del Duomo Milano Italia – tempat orang orang Milan berkumpul untuk apa apa acara berkaitan. Kat sini juga terletaknya gereja diorang. Tidak pasti pula aku akan nama gereja ini. Nampak gaya memang very the artistic rekaannya.

image

Rupa rupanya kat luar negara dah banyak menggunakan konsep dataran as daya tarikan pelancong + keramaian.

Time aku datang ini, diorang tengah berkumpul untuk satu open concert – Nang Nang. Oklah kan, MNM telah jejakkan kaki ke sini hihi.

MAKAN MALAM DI MILAN ITALI

image

Tempat makan malam pertama kami di Itali ini ialah di Flash Pizzeria Griglieria yang terletak di Pusat Bandar Milan. Kedai makan kat sini dibuka pada pukul 6.00 petang. So, kami antara yang paling awal sampai.

Awal orang itali makan malam kan. Pukul 6 diorang dah makan. Oh, maybe lewat malam diorang pergi bar kot.

image

Konsep restaurant dia very the italian style. Ala ala TGI Friday / Italianese punya konsep. Tak dapat bayangkan macam manalah masakan diorang tu kan. Hihi.

image

Bayangkan kalau aku tinggal lama di Itali ini. Takkan nak makan pizza spaghetti hari hari? Pengsan setiap hari agaknya.

image

image

image

Haaaa inilah dia menu makan malam aku di Milan Itali. Ohhhh tidak…perut aku memang sesuai makan nasi je. Huwaaaaa…. nak nasi jugak!.

SUASANA PETANG DI MILAN ITALI

image

Gambar ini diambil lebih kurang pukul 7 petang. Rugi tak pakai kamera DSLR. Moment yang cantik hihi. Orang Milan ini lebih banyak pakai pengangkutan awam berbanding kereta sendiri.  Yelah kan, pengangkutan awam diorang macam efficient je nampak gayanya.

image

So, sambil sambil melepak tunggu bus tu aku jalan jalan sekitar pusat bandsr Milan dahulu. Aman damai betul kehidupan diorang. Macam tak busy dan sentiasa tenang je hihi.

image

image

image

Tak jem pulak jalan diorang. Hairan aku tengok. Aman damai betul life kat sini.

image

image

Kalau kat Malaysia sana sini kita akan nampak masjid atau pusat islam atau surau…kat sini pula aku nampak banyak gereja. Bunyi loceng sokmo. Not sure apa makna loceng tu berbunyi.

GALLERIA VITTORIO EMANUELE II, MILAN

image

Galleria Vittorio Emanuele II ini merupakan salah satu shopping mall yang tertua di dunia katanya. Terletak betul betul ditengah bandar Milan, Itali. Kiranya lebih kurang macam Pavillion jugaklah kalau kat Malaysia.

image

Bertuah cz dapat jejakkan kaki ke Kota Milan ini. Syukurlah nak.

Kat dalam Galleria ini ada macam macam jenis butik mewah – LV, Prada, Tods etc. Aku kan buta barangan mewah, so time bos aku kata jenama itu ini aku angguk je lah. Mana lah tahu sangat kan. Baru nak buka kitab google hahahahaha.

image

image

Kebanyakan butik butik kat sini 3 tingkat dan very the Italian punya konsep. Nampak mewah, elegance dan sophisticated. Kagum pulak aku dengan citarasa dan hasil kerja diorang.

image
Salah satu butik yang paling lama kami singgah ialah Prada. Lama cz terlalu banyak pilihan, rambang mata dan sangat selesa dengan layanan diorang.
image
Rupanya Galleria Vittorio Emanuele II ini pada asalnya merupakan sebuah penjara. Tengok ler selok belok dan binaan bangunan – memang macam penjara.

Takut pulak rasanya. Pandai diorang tukar function bangunan ini daripada penjara kepada sebuah shopping mall mewah. Kalau kat Malaysia ini memang awal2 lagi diruntuhkan untuk dibuat bangunan baru.
image

PASANG GRILL RUMAH TIARA PARK HOMES

image

Syukurlah dik cz tingkap rumah sudah di grill. Kami sebulat suara untuk buat grill yang kecil-kecil jaraknya. Rumah ada kucing, so mahu tak mahu kene buat grill mata kecil – 2 inci.

image

Total harga yang perlu dibayar ialah RM1830 untuk grill sahaja. Kalau ambil mata 4 inci harganya boleh jadi murah lagi.

Harga ini kira paling murah. Sebelum ini kami usha usha dengan kontraktor lain. Masing masing diorang bagi harga RM3000. Mahal yang amat. Normally kalau mahal ini cz diorang jadi ‘orang tengah’. Diorang makan atas angin je. Tu yang mahal !!.

Tak pasti bila nak pindah ke Tiara Park Homes , Bukit Mewah Kajang ini. Rasa macam makin jauh je dengan pejabat.

Tapi rasanya hujung bulan ini memang akan pindah rumah. As of now aku dah start fikir cara nak pindah rumah hahahahaha.