SINGGAH DI STADIUM PASUKAN AC MILAN

image

Tatkala kami dalam perjalanan ke Pusat Bandar Milan, kami ternampak stadium pasukan bola sepak AC Milan.

Haiyooo,  baru aku perasan AC Milan kan kelab bola sepak Milan Itali hahahaha. Tak perasan dan ingat langsung dikk.

image

Besar gedabak stadium diorang. Cuma sayang, tiada apa apa billboard atau papan iklan yang menyatakan ini adalah stadium diorang.  At least letak ler ganbar para pemain kan. Bukan ke KAKA (Brazilian) pemain pasukan AC Milan. Beli mahal mahal tapi tak promote dengan baik.

Sedih cz kalau nak beli cenderamata / bergambar kene masuk ke dalam stadium. Kene bayar berapa EU entah. Aku lupa. EU4 rasanya. Tak ingat sangat.

HUJAN DI MILAN ITALI

image

Alhamdulillah, sepanjang hari pertama aku di Itali, hujan renyai renyai sokmo. At least merasalah juga pengalaman berhujan di negara orang. Untunglah dikk.

image

Tatkala aku datang tu, cuaca di Itali tak banyak beza sangat dengan cuaca di Malaysia. Bezanya cuma angin sepoi sepoi bahasa + sejuk. Wow…. nyaman sekali.

Aku merasakan suasana diluar lebih nyaman berbanding dalam kereta/bus/dlm bangunan hihi.

image

image

BELI APA DI SERRAVALLE MILAN

image

Aku sebenarnya rambang mata dan sedikit sebanyak terpengaruh dengan bos aku. Dia banyak suggest beberapa jenis barangan dan jenama popular buatan itali. Harganya sudah tentu mahal kalau beli di Malaysia.

Tu yang dia gigih mahu aku beli beberapa jenis barangan di Itali. Aku pula, follow dan seperti biasa ikut sahaja nasihat dia.

image

Kasut Prada ini aku beli pada harga EU225 kalau tak silap (or EU190) Haiyooo, kau biar betul MNM. Beli kasut kerja Prada? Pengsan Cik Kiah kalau tahu hahaha.

image

Bos aku? Beli umpama membeli baju di Jusco hihi. Logik lah dik, kasut ubtuk saiz kaki dia susah nak cari di Malaysia. Itu yang dia beli beberapa pasang tu. Bukannya selalu dapat peluang bercuti dan membeli di luar negara.

image

Lagi? Aku beli kasut kerja Gucci. Aku tidak boleh menyatakan tidak untuk kasut ini. Kagum giler dengan hasil kerja dan kemasan yang ada pada kasut ini. Harganya ialah EU225 juga.

image

Aku pun beli wallet Gucci disini. Semua aku beli last minute di kaunter hahaha. Harganya ialah EU150. Main ambil je umpama harganya dijual dalam urus niaga Ringgit Malaysia hahahaha.

Bos aku pesan, kalau nak beli jangan convert dulu. Kene ingat, kita beli di Milan Itali. Harganya sudah tentu jauh lebih murah berbanding tempat lain di Itali dan of cz Malaysia juga.

Dia pun pesan kat aku, beli je apa yang suka as a gift and present untuk diri sendiri. I follow dik.

Urusniaga tukaran mata wang aku ialah pada kadar EU1 = RM4.47.

SERRAVALLE DESIGNER OUTLET MILAN

image

Salah satu tempat wajib dikunjungi di Milan Itali ialah bershopping di Serravalle Designer Outlet. Harga barangan disini jauh lebih murah berbanding Johor Premium Outlet di Johor Bahru.

image

Kami pergi ke Serravalle Outlet ini pada hari isnin. So, tak berapa ramai sangat orang time aku pergi tu. Yeahhh, tak perlu bersesak sesak sangat dengan orang.

image

Hiasan dan susun atur disini unik dan menarik. Kemas dan sentiasa bersih. Pantang nampak kotor, mesti akan ada sahaja akak cleaner yang akan sental dengan berus.

image

Bayangkan, anda shopping ditempat yang sejuk dan suasana yang nyaman macam ini. Ohhh, memang terus tak sayang duit hahahahahaha.

image

image

image
image
image

PUSAT BANDAR MILAN

image

Pemandangan dan suasana sekitar di Pusat Bandar Milan Itali ini jauh bezanya dengan apa yang aku lihat di Malaysia. Aman damai je. Pelik cz tiada langsung traffic jam atau manusia lalu lalang sana sini. Betul ke aku di Milan nie? Haiyooo…seakan tidak percaya. image

Pengangkutan awam disini nampak macam cekap + ramai yang naik + on time je. Sana sini ada je pengangkutan awam. Rasa teringin plak nak naik train atas jalan raya tu. Insyaallah, kalau ada rezeki lebih nanti aku nak melancong lama sikit kannn. Spend 2 hari untuk setiap bandar di Itali. Meletoppppp dik.image

Disini kebanyakan jalan rayanya diperbuat daripada batu-batu yang disusun kemas. Hairan cz tak merosakkan tayar kereta ke? Nampak macam tak rata je jalan.image

image