RUMAH APARTMENT DI MILAN ITALI

image

Disinilah kenalan kami di Milan Itali tinggal. Amboi mahal betul sewa bulanan untuk rumah apartment yang dia tinggal ini – lebih kurang RM12K sebulan. Haiyoooo bapak mahal huhu.

image

Satu lagi keunikan yang ada pada orang itali ini ialah, lif diorang semuanya kecil molek belaka. Boleh muat 2 hingga 4 orang sahaja. Itu pun berhimpit dik. Jauh beza dengan saiz lif yang kita pakai di Malaysia. Tak faham aku dibuatnya.

Apapun, syukur alhamdulillah ada kenalan di Milan. At least boleh segarkan badan selepas perjalanan hampir 15 jam lamanya.

Terima kasih yang amat atas segala pertolongan dan bantuan yang diberikan.

NAIK TEKSI DI MILAN ITALI

image

Untuk perjalanan di Milan, kami tidak ikut jadual yang disediakan oleh Travel Agency. Kami menyinggah di rumah kenalan di Milan untuk mandi dan mahu berehat sebentar sebelum jalan-jalan shopping.

 

image

Rumah kenalan kami tu terletak di Milan Central (pusat bandar Milan). Lebih kurang 1 jam perjalanan juga lah rasanya. Total bayaran teksi yang dikenakan ialah lebih kurang RM500. Pengsan 24 jam terus.

image

Sepanjang perjalanan dari Airport Milan menuju ke pusat bandar milan, mata aku tidak berkedip melihat pemandangan luar. Nyaman sekali suasananya. Cantik yang amat. At least, pemandangan seperti ini tidak terdapat di Malaysia atau negara yang pernah aku lawati sebelum ini. Syukurlah nak.
image
image

MILANO MALPENSA AIRPORT

image

Kami tiba di Milano Malpensa Airport lebih kurang pukul 6 pagi waktu tempatan. Terpaksa tunggu bus tiba pukul 7.30 pagi huhu. Suasana dan suhu agak sejuk ala ala dalam aircond ahaks. Lebih lebih lagi, tatkala kali tiba tu hujan sedang turun renyai renyai. Ohhhh so sweet sangat dik.

image

Aku tak menyempat nak ambil gambar sangat di Airport Milan nie. Biasalah, hati masih berdebar di tempat orang hahaha.

image

Sedikit hairan cz keadaan dan suasana airport kat sini lengang je. Tak tahu ke mana diorang semua. LCCT dan KLIA / KLIA2 lagi sibuk rasanya. Tak ada orang yang nak datang ke Milan ke? Or Milan nie ada banyak airport lain?

Simple je dik airport nya. Tapi yang penting di depan Airport ini ada Sheraton Hotel. Bentuknya pun pelik. Unik betul binaan bangunan diorang.

image

KUALA LUMPUR KE MILAN

image

Gambar ini diambil sebelum kami terbang. Flight delay lebih kurang 30 minit ke 1jam jugalah rasanya. Flight malam dik, badan pun rasa letih dan mata asyik nak pejam je.

Pertama kali aku duduk lama dalam kapal terbang.  Haiyooo, 8 jam untuk Kuala Lumpur ke Doha dan 5 jam untuk masa perjalanan dari Doha ke Milan. Sakit belakang tu jangan ceritalah.

image

Satu pengalaman baru untuk aku.

Emm, Kapal terbang yang kami naiki ini ialah Airbus 330 kalau tak silap. Agak besar lah juga. Tapi still sakit belakang hahaha. Cant imagine kapal terbang jenis apa yang AirAsia X pakai.

PERTAMA KALI MENAIKI QATAR AIRWAYS

image

Untuk perjalanan ke Italy ini, rombongan kami menaiki Qatar Airways.  Kuala Lumpur to Doha dan Doha to Milan. Transit lebih kurang 20 minit sahaja di Doha 🙁

image

Aku merasakan perkhidmatan pramugari dan pramugara di Qatar Airways ini tidak semesra Malaysia Airlines.  Agak kasar, garang dan ego sedikit. Nama je syarikat daripada negara arab. Tapi pramugari dan pramugaranya daripada negara lain.

Kalau tak silap, flight KL to Doha, pramugara pramugarinya dari negara eropah. Aku ingat lagi nama 2 orang – Evanthia dan Katerina.

Flight Doha to Milan pula im sure sangat diorang dari negara asia like Korea dan Thailand. Sempat ingat nama Joong Yu dan Coompu. Lebih kurang macam tu lah namanya hahaha.