ITALY AKU DATANG

image

Tidak pernah terfikir pun nak pergi berjalan sejauh Eropah. Kalau nak diikutkan, aku merancang untuk ke negara negara Asia dahulu. Mana tahu, tetiba bos ajak aku untuk trip family dia ke Italy pula. Pengsan yang amat.

Im just follow the flow.

Tiket + package kami beli 3 bulan sebelum penerbangan. Dek kerana kami pergi via travel agency,  jadi aku tak tekankan sangat untuk usha usha info di internet mengenai italy ini. Lagipun aku memang fully busy dengan tugasan rasmi / tidak rasmi aku. Sangat gigih bekerja yerrrrrr.

Im totally zero.

BAHASA ITALI

image

Dikatakan orang Itali ini tidak (kurang) menggunakan bahasa Inggeris. That why tak boleh datang suka suki ke Itali tanpa ada orang yang guide (pemandu pelancong).

Bahasa itali ini katanya bahasa yang paling hampir dengan bahasa latin (bahasa zaman empayar rom). Bahasa ini digunakan sebagai bahasa utama di negara Itali, San Marino, Switzerland dan Vatican City.

Sumber : Wikipedia

PERSEDIAAN KE ITALI

image

Aku sebenarnya dalam proses untuk menyiapkan entry Hanoi Vietnam dan juga Pulau Bidong Terengganu. Tapi sokmo ada je kekangan. Insyallah, dalam beberapa hari ini siaplah tu hihi.

Pada masa yang sama, aku pun kene bersiap sedia untuk next trip aku…ITALY Dikkkkk. Aku baca backgrounds dan update mana mana info berkaitan via instagram dan facebook fanpage. Kalau rajin, aku update di blog.

Walau sesibuk dan sepenat mana, aku kene buat some research juga untuk my knowledge.  At least, aku tak melopong wow wow wow sana sini.

image

Lagi satu, aku kene control sedikit entry aku sebelum aku upgrade bandwidth kepada 100 GB minggu depan. Gila… 55 GB sebulan tak cukup untuk mykeledek.com haiyoooooo. Tak faham dan pelik rasanya.

Sampai masa, aku kene guna cloud hosting.  Pengsan.