HONG KONG SHENZEN DAN GUANGZHOU CHINA

Ini adalah himpunan entry aku berkenaan dengan pengalaman aku bercuti ke Hong Kong, Shenzen dan Guangzhou pada bulan lepas. Oh, sekejap je masa berlalu. Macam pejam celik pejam celik je kan?

So, sedikit sebanyak catatan, nota dan panduan perjalanan aku sepanjang ini mungkin boleh dijadikan panduan bersama di hari mendatang nanti. YES, pengalaman percutian / pengembaraan di negara orang ini banyak mengajar kita untuk mensyukuri nikmat yang ada di tanah air sendiri. Syukur, aku dilahirkan di bumi semenanjung emas dan sebagai seorang muslim.  Continue reading HONG KONG SHENZEN DAN GUANGZHOU CHINA

HARI KEEMPAT – HUAQIANG ROAD SHENZEN

page3

Shenzen dikatakan merupakan tempat memborong barang kemas dan alat elektrik terbesar didunia. Fakta ini aku dapat based on bacaan aku via google dan juga brochue brochure yang aku dapat dari pusat informasi yang ada.

Bagi barangan elektrik, tempat tumpuan yang popular ialah Huaqiang Road. Macam aman nak datang sini? Same goes to Window of The World, kerajaan disini memang sangat prihatin terhadap rakyatnya. Naik sahaja MTR Shenzen. Nak tahu lebih lanjut, sila rujuk laman web MTR. Study awal awal sebelum datang sini. Tak susah pun nak datang sini.

Continue reading HARI KEEMPAT – HUAQIANG ROAD SHENZEN

HARI KEEMPAT : WINDOW OF THE WORLD SHENZEN

page7

Kalau Malaysia baru nak popular dengan Taman tema Legoland yang punya beberapa model monumen dan mercu tanda popular dunia, Shenzen China dah lama ada katanya hihi. Boleh?

Window of The World ini merupakan salah satu tempat wajib pergi kalau datang bertandang ke Shenzen China ( Betandang katanya ). pengsan.

Continue reading HARI KEEMPAT : WINDOW OF THE WORLD SHENZEN

HARI KEEMPAT – GUANGZHOU KE SHENZEN

page1

Hari keempat jugak akhirnya. Sejenuh aku bercerita kat sini, jenuh dan penat lagi aku menempuh pengembaraan 5 hari ini 🙂 Pengsan. Agak penat sebenarnya. Rasa macam dah kat negara sendiri pun ada jugak. Chewah. Lepas nie dah boleh kawen dengan awek cina lah agaknya haha. Matilah.

Seperti datangnya kami dari Shenzen menuju ke Guangzhou, seperti itu jugaklah perjalanan kami dari Guangzhou menuju ke Shenzen. Boleh rujuk kepada entry entry aku yang sebelum ini. Aku sisipkan maklumat perjalanan kami disitu. Jadi, tak perlulah aku mengulang kata bicara yang berkaitan.

Apa yang membezakannya ialah perasaan gemuruh kami agak kurang berbanding sebelum ini. Normallah tu kan? huhu.

Continue reading HARI KEEMPAT – GUANGZHOU KE SHENZEN

HARI KETIGA – GUANGZHOU PART 1

Seawal jam 6.00 pagi kitorang bangun semata mata nak naik train awal menuju ke Guangzhou. Dari Station East Tsim Sha Tsui, kami naik train West Rail Line menuju ke Station Hung Hom –> kemudian, tukar train East Rail Line yang menuju ke Station Lo Wu.

page1 Continue reading HARI KETIGA – GUANGZHOU PART 1