Produk Shaklee telah bertapak di Malaysia sudah lebih dari 20 tahun. Namun, secara globalnya, produk Shaklee telah dipasarkan & digunapakai diseluruh dunia lebih 55 tahun.
Produk Shaklee yang tertua dan terawal sekali dicipta adalah multivitamin VitaLea Shaklee . Iatelah dicipta sejak 100 tahun yang lalu oleh Dr Forest C Shaklee.
Dikongsikan disini antara punca dan sebab mengapa produk ini tidak berkesan kepada sesetengah pengguna.
Pertama: Tidak Detox Usus Terlebih Dahulu
Usus kita ini ibarat macam longkang atau laluan pengaliran air. Bayangkan kita hidup sudah berpuluh tahun, makan pelbagai jenis makanan. Ada yang buang air besar pun kadang-kadang dalam seminggu atau tiga atau dua hari sekali. Usus yang tidak bersih / tersumbat dengan sisa makanan boleh mengurangkan keberkesanan dalam serapan nutrisi yang kita ambik.
Jika mahu vitamin Shaklee yang kita ambik tu berkesan ke atas tubuh kita, silalah detox usus dulu dengan Herb Lax ataupun Alfalfa Complex.
Kedua: Mengambil Vitamin Dengan Minuman Berkafein
Kopi atau teh mengandungi kafein. Kafein ni mempunyai struktur yang dapat menghalang penyerapan nutrisi lain selain mempercepat kehilangan air dari badan. Menurut kajian, kafein meningkatkan kehilangan kalsium melalui air kencing seterusnya membantu dalam meningkatkan risiko penyakit Osteoporosis.
Jadi, kalau mahu pengambilan sesuatu produk Shaklee ituberkesan, elakkan minum kopi/teh ketika telan vitamin Shaklee. Jika perlu/ sangat nak minum kafein ni, jarakkan pengambilan sekitar 2 jam di antara kedua-duanya.
Ketiga: Mengambil Supplement Shaklee Ketika Menjalani Kimoterapi
Sepanjang proses kimoterapi dijalankan, sel kanser & juga hampir kebanyakkan sel dalam tubuh kita termusnah. Jadi, sia-sia mengambil supplemen sepanjang dalam proses kimoterapi ini.
Oleh itu, pakar nutrisi menyarankan pengambilan supplemen ini hanya dibuat selepas rawatan kimoterapi dijalankan.
Keempat: Mengambil Produk Shaklee Serentak Dengan Ubatan/Supplemen Lain
Ubat-ubatan mempunyai struktur & sifat yang agak agresif untuk berada dalam sel tubuh & berperanan dalam tubuh kita. Keadaan ini akan mewujudkan persaingan dalam badan jika kita mengambil supplemen serentak dengan ubat seterusnya menyebabkan produk Shaklee yang diambil menjadi “tawar” @ tiada kesan.
Namun sekiranya anda perlu mengambil ubat-ubatan atas faktor-faktor yang tertentu, sila jarakkan pengambilan antara kedua-duanya sekitar 2 jam.
Kelima: Mengambil Kalsium Serentak Dengan Zat Besi
Kalsium mempunyai struktur yang boleh mengganggu serapan zat besi di dalam tubuh kita. Antara produk Shaklee yang mengandungi Kalsium adalah:
Manakala produk Shaklee yang mengandungi zat besi pula adalah :
Untuk mengelakkan kurangnya keberkesanan dalam serapan zat besi (terutama untuk mereka yang mempunyai masalah anemia @ hemoglobin dalam darah yang rendah), elakkan mengambil produk Shaklee yang mengandungi kalsium @ sebarang susu serentak ketika mengambil multivitamin Vitalea ini.
Keenam: Pengambilan Serat Serentak Dengan Vitamin Larut Lemak
Serat bertindak menyerap lemak di dalam tubuh kita. Produk Supplemen Shaklee yang mengandungi serat untuk fungsi ini adalah Alfalfa Complex.
Manakala produk Shaklee yang terdiri daripada vitamin larut lemak adalah:
- Vitalea
- Carotomax
- Vita E Complex
- GLA Complex
- Omega Guard
- CoQ Health
- Lecithin
Oleh sebab itu, adalah tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa Complex serentak dengan vitamin Shaklee yang larut lemak seperti di atas kerana fungsi serat pada Alfalfa Complex akan mengangkut semua lemak termasuk vitamin tadi keluar dari tubuh badan.
Ketujuh: Mengambil Zinc Complex Selepas Makan
Zinc Complex bertindak dengan lebih efektif ketika perut kosong kerana ketika perut kosong banyak enzim dapat membantu proses mencernakan mineral zink ini.
Kelapan: Membancuh ESP Dengan Air Panas
Kenapa tak boleh bancuh ESP guna air panas? ESP merupakan serbuk protein soya non-GMO. Suhu yang panas akan menyebabkan termusnahnya struktur protein dalam serbuk soya ESP tadi.
Jadi, peranan utama ESP dalam membekalkan protein yang diperlukan juga akan terjejas.Oleh itu, sila bancuh ESP dengan air suhu bilik @ sejuk sahaja. Nak lagi best bancuh dengan mana-mana air jus atau susu segar. Memang sedap bak hang!
Kesembilan : Kurang Pengambilan Air Putih
Air putih berperanan menjadi agen utama dalam pengangkutan semua zat dalam darah/usus ke seluruh tubuh kita. Air putih juga sangat membantu dalam menyampaikan zat dari supplemen yang kita ambil ke sel tubuh yang memerlukannya.
Berapa banyak pengambilan air putih dalam sehari ? Pakar menyarankan untuk sukat keperluan air ikut berat badan masing-masing. Setiap 25kg = perlukan 1 liter air putih sehari
Kesepuluh : Tidak Konsisten Mengambil Supplement
Supplemen bukan ubat. Fungsi makanan tambahan ini adalah MENCEGAH. Maka, bila kita ambil supplemen ni memanglah kesannya bukan macam kita makan ubat. Makan sekali terus baik.
Untuk kesan yang optimum, kita disarankan untuk konsisten ambik suplemen sekurang-kurangnya untuk 3-4 bulan. Sebab tu juga jika korang perasan hampir kebanyakan supplemen Shaklee dikeluarkan dalam kuantiti/jumlah yang besar.
Beberapa contoh vitamin Shaklee yang memang berbaloi untuk ambil sebab memang tahan untuk tempoh masa yang lama.
- Sustained Release Vitamin C 500mg : 180 tablet (3 – 6 bulan)
- Herblax : 120 tablet (4 bulan)
- Alfalfa Complex : 330 tablet / 700 tablet (3-6bulan)
- B Complex Shaklee : 120 tablet (4 bulan)
- Vitamin E Complex : 120 tablet (4 bulan)
- Vitalea : 120 tablet (4bulan)
Sumber: mummyhealthyvitastore.blogspot.my