Victoria & Albert Museum

A post shared by MNM (@denniszill) on

Aku pun tak tahu letak mana video & gambar depan tatkala di di Victoria & Albert Museum nie. Antara museum percuma yang dibuka kepada orang awam kat London. Kat sini ada beberapa museum. Tapi aku pilih Victoria & Albert Museum je pada ketika itu.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Hajat nak masuk ke British Museum. Tapi harganya agak mahal pula. Jadi terpaksalah pergi yang percuma je dulu. Kalau tak, mesti syok menghabiskan masa di British Museum kann. Sedih. Tak apa lah, next time kumpul duit dan pergi menelaah di museum puas2 huhu.

Hairan, pada kelita itu aku tak pula ambil gambar / video suasana dalam museum nie. Tak seghairah macam kat tempat lain. Walhal cantik dan unik juga suasana dalam museum nie.

Rugi sebab tak ada banyak kenangan yang diambil.

But seriously, berbaloi juga masuk dalam museum ni. Walaupun murah, banyak koleksi mahal yang ada kat sini.

Kensington Palace London

A post shared by MNM (@denniszill) on

Mana lagi tempat yang kami pergi? Ermmmm Kensington Palace yang kini menjadi kediaman bagi Putera William sekeluarga (katanya). Kat sekeliling istana ini ada taman besar yang cantik amat.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Aku pun tak tahu mana satu pintu depan belakangnya. Nampak macam semuanya sama je. Kediaman rasmi memang macam ini kot.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Nak masuk dalam istana ini kene bayar. Tapi lupa plak nak tengok berapa. Rasanya macam tak berbaloi untuk aku masuk dalam tu. Tapi kalau kalian nak masuk, boleh pergi ke laman web : www.hrp.org.uk/kensington-palace/ untuk info berkaitan.

Ada ketikanya, mereka pun ada anjurkan pameran khas. Macam time kami datang tu, diorang bakal anjurkan pameran berkaitan Puteri Diana. Boleh lah pada sesiapa yang berminat datang menjenguk kat dalam tu.

Istana dan taman berpisah tiada. Aku memang suka tengok taman-taman mat salleh nie. Simple. Pokok besar dan padang yang menghijau. Kemudian ada tasik sikit yang dimeriahkan dengan ikan/unggas. Jinak pulak tu.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Ramai juga nampak orang berjogging. Oleh kerana cuaca sejuk dan mataharipun malu alah nak keluar, jadi tak perlu risau berpeluh. Nak berjogging pukul 12 tengahari pun tak ada masalah hahaha. Tak panas.

Lama aku habiskan masa kat tasik / kolam yang ada banyak angsa dan burung. Sebab nampak jinak je kan. Kalau kat Malaysia, susah nak tengok suasana macam nie. Ada ke?

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Westminster Abbey London

A post shared by MNM (@denniszill) on

Gereja diorang yang popular. Katanya kebanyakan perkahwinan diraja yang popular berlangsung kat sini. Gereja gothik lama yang penuh dengan sejarah dan masih terpelihara sampai sekarang. Dibiar kelihatan klasik macam tu je. Nampak usang/buruk tapi penuh berseni. Like it.

Ini kalau kat negara kita rasanya lama dah alamai proses renovate sana sini agaknya hihi.

Selalunya boleh masuk dalam, tapi tak tahu kenapa time aku datang tu tutup. Mungkin hari ahad kot. Diorang ada upacara tertentu. Kalau tak, boleh lah masuk dalam tengok apa ada dalam tu. Kat Notre Dame Paris aku masuk…penuh berseni gitew.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Westminster Abbey ni pun dekat dengan Big Ben dan yang seangkatan dengannya. Kat seberang jalan sana tak jauh dari situ pun dah boleh nampak London Eye. Rasa tiada keperluan untuk naik London Eye, jadi kita ambil je gambar sebagai kenang-kenangan.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Tak jemu datang sini banyak kali sebab suasananya meriah, cantik dan ada nilai estetika tersendiri.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Ada banyak sangat daya tarikan kat sini. Rasnaya seharian habiskan masa kat area sini pun tak apa. Boleh leka bergambar sakan kat sini. Tak apa, next time.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Royal Palace London

A post shared by MNM (@denniszill) on

Berhampiran dengan Tower Bridge ini pun ada Royal Palace. Salah satu daripada tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO. Seakan istana dan kubu lama macam tu lah lebih kurang. Memang terpelihara dan dijaga dengan baik walaupun kiri kanan kawasan ini penuh dengan bangunan moden.

Nak masuk dalam ini kene bayar. Kalau tak silap GBP25 kot. Mahal untuk pertukaran mata wang kita. Jadi kita tengok dari luar sahaja ler.

Kat area sini pun ada KFC Halal. Oleh kerana cuaca amat sejuk dan berangin, jadi kami pun melepak jap dalam KFC tu.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Sangat cantik persekitarannya. Moden dan Klasik bergabung.

Tower Bridge dan London Bridge

A post shared by MNM (@denniszill) on

Kami pergi ke 2 jambatan popular di UK – Tower Bridge dan London Bridge. Yang selalu dalam lagu tu adalah London Bridge tapi yang paling pupular dan paling banyak menghiasi gambar / landmark london adalah Tower Bridge.

Aku ingatkan yang selalu masuk dalam gambar tu adalah London Bridge. Rupanya salah jangkaan aku – Tower Bridge rupanya. Lebih mengejutkan adalah, rupanya London Bridge tu biasa-biasa je. Jambatan yang lebih kurang sama je dgn tempat lain.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Kedudukan antara satu sama lain dekat-dekat je. Kat sini pun memang ramai pelancong yang dok berjalan kaki sana sini. Ada banayk daya tarikan pelancongan / sejarah kat sini yang boleh dilawat.

Kat sini pun ada bangunan City Hall. Memang cantik untuk sesi bergambar itu ini.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Hanya mampu berjalan dan bergambar sakan je. Nak singgah makan rasa was was dengan makanan dan mahal pulak harganya. hihi #backpacker #bajet

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on