Jalan-Jalan di Buckingham Palace London

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Dikkk….pergi London kalau tak menyinggah di Buckingham Palace tu nampak pelik je rasanya kan. Istana Ratu Elizabeth katanya. Jadi, tak hairanlah ramai pelancong yang datang bergambar di Istana Negara. Aku pun join sekaki juga rupanya hahahaha. Salah satu produk pelancongan juga rupanya istana pemerintah nie.

Ramai amat yang datang sini. Kami datang belah petang camtu….jadi orang yang ada tak lah ramai sangat sebab semua orang kelihatan dah mula berjalan-jalan ke taman-taman awam sekitar sana.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Posing bergambar dan bervideo je lah kat sini buat kenang-kenangan. Memang cantik taman-taman sekitar sini. Simple je pun. Tapi yelah… kat Malaysia tak ada. Jadi jakon lah tengoknya haha.

Cuaca agak sejuk dan berangin, jadi memang sentiasa nak buang air. Gigih lah ber google maps cari toilet berhampiran. YES… ada juga tandas awam. Kat area sini semua berbayar. Emmmm berapa ek harga bayarannya? Ada yang 20 pence, 30 pence dan 50 pence. Ikut tempat dan kawasan mana agaknya.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Di sini juga, kami berjalan kaki menuju ke The Guards Museum, Widsor House, Churcill War Room, Big Ben, Westminster Palace dan Westminster Abbey. Kat sini cantik-cantik belaka pemandangannya. Memang seharian tak habis bergambar lah juga. Kelihatan macam kat kawasan sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad. Ohhhh memang penuh berseni.

Tatkala kami datang tu, Churcill War Room tutup. Kalau dapat masuk sini pun best gak. Tak tahu apa isi dalamnya.

Rugi jugalah datang petang, kalau datang awal pagi, boleh masuk museum yang ada disekitar jika ada. Tak pun gambar pun tak terjejas dengan mentari senja (walaupun memang rindu amat kat Matahari. Sebab susah jumpa matahari kat sini hahahaha). Pro & Contra.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Orang pun ramai melepak kat sini. Dapat tengok jugalah anak-anak mat salleh sesama mabuk. Katanya malam tu ada perlawanan bola sepak. Tak tahu pasukan mana.

Kat sini ada Westminster Station yang besar gedabak bertingkat tingkat jauh ke dalam tanah. Takut melihatnya. Hebat betul teknologi mereka. Tiang dia besar-besar dikkkkk. Teruja melihatnya.

Ohhh ya kat sini kehidupan mereka lebih tersusun dan nampak berperaturan. Polite.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

KFC Halal di London

Tak macam negara Eropah yang lain, United Kingdom nie sangat mesra muslim. Mudah mencari makanan halal. Terkejut juga, rupanya KFC pun ada yang halal. Buat je carian Google ‘KFC London Halal’, maka anda akan dapat lihat senarai restoran KFC Halal di London.

Tak pun pergi je ke laman web : https://www.kfc.co.uk/halal

KFC Halal dikk

A post shared by MNM (@denniszill) on


Segalanya dihujung jari. Cara nak pergi pun Google Maps je dikk. Mudah.

Purata harga pun ala-ala GBP3 untuk 2 atau 3 ketul ayam. Ada juga yang berpakej macam kat Malaysia. Pilih je mana suka. Aku makan KFC dua kali kat sini. Pertama kali di Paddington dan kali kedua di area Tower Bridge. Tengok ada logo halal juga di depan pintu masuk mereka.

Ramai juga Mat Salleh dan orang Malaysia yang ada kat sini. hihi. Ohhh ya, berbeza dengan Paris…di Amsterdam dan London nie banyak restoran makanan segera macam mcdonald dan KFC. Nafsu makan lebih kurang sama kot. Tapi, banyak mana pun, tidaklah sebanyak bilangan restoran makanan segera di Malaysia.

Ada….tapi tak sebanyak mana. Pengunjung pun taklah ‘seghairah’ di Malaysia. Biasa-biasa je bilangan pengunjungnya. Sangat berbeza dengan Malaysia yang aku tengok sokmo penuh/ semi penuh. Malaysia memang suka makan fast food kot.

Jemput makan….

Portobello Road Market, London

A post shared by MNM (@denniszill) on

Destinasi pertama yang kami pergi di pagi Sabtu yang berbahagia @ London mari adalah Protobello Road Market. Antara destinasi popularlah juga dikalangan orang-orang kita. Waktu operasinya adalah seperti berikut:-

09:00 – 18:00 Isnin – Rabu
09:00 – 13:00 Khamis
09:00 – 19:00 Jumaat – Sabtu

Macam-macam ada kat sini. Barangan antik, makanan, buah-buahan dan cenderamata. Barangan 2nd hand pun ada. Rupanya mat salleh pun pakai baju bundle dan amat menggemari barangan antik/lama.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Sepanjang alam pasar nie. Kami pergi sekerat jalan je sebab cuaca gerimis. Pada masa yang sama, dok survey lah dulu harga cenderahati untuk dibawa pulang.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Dah macam pasar tani pun ada juga sebab kat sini pun diorang jual buah-buahan segar. Kalau rumah penginapan kami dekat, memang aku pergi beli terus. Semestinya harga lebih murah berbanding di tempat lain. Geram tengok especially strawberry. Belilah juga satu kotak strawberry untuk dimakan dengan Nutella. Ahaks…memang sedap.

Kat area Paris, Amsterdam dan London nie, aku perhatikan Nutella menguasai pasaran jem. Sikit-sikit nutella. Meriah.

Tatkala nak balik tu ada kedai cenderamata yang jual murah. GBP10 dapat 20 unit cenderamata pelbagai jenis fridge magnet/keychain bla bla bla. Datang negara orang nie kene pandai dan gigih berjalan sana sini. Barulah boleh kurus dan cuci mata ? ahaks

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Pandangan Pertama di London?

Terasa bahagia pula dapat duduk di London sebab kelihatannya disini sana sini boleh nampak orang muslim. Kedai dan makanan halal pun sana sini nampak. Datuk Bandar pun Muslim tatkala ini.

Bus kegemaran Cik Pegaga

A post shared by MNM (@denniszill) on

Kami duduk di Porchester Road. Depan kini kanan belakang semua ada public transport sama ada bus atau underground (train). Rumah pula lengkap dengan TV, dapur dan bilik tidur. Serba serbi lengkap untuk memasak dan berjimba dengan selesa.

Nak kemana-mana kami Google Maps je. Destinasi pertama kami adalah Oxford Road. Disini katanya ala-ala Segitiga Emas di Bukit Bintang bla bla bla. Berjalan cuci mata tengok barangan murah di Primark dan kawasan sekitarnya. Ohhh kat Zara pun boleh tahan murahnya tengok gaya.

Masak apa hari ini dikkkk ???

A post shared by MNM (@denniszill) on

Kami banyak beli barangan pada harga bawah GBP9.9 macam tu. Kalau kat Malaysia, rasanya ratusan ringgit ni kot. Ada juga barangan yang dijual bawah GBP5. Cantik dan unik design nya. Beli…jangan tak beli. Kebanyakan design2 kan origin country ada kat eropah, jadi harga jualan pun lebih murah.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Sana sini boleh nampak pak arab. Jadi, serba serbi untuk pandangan pertama memang bestlah gamaknya. Makan senang, public transport pun kiri kanan ada, boleh main masak-masak dan pergaulan pun mudah. Bahagia & tenang plak rasanya. Boleh?

Orang Malaysia pun ramai kat sini. Sana sini mesti terserempak dengan Malaysian. Anggota keselamatan tak pulak nampak kat sana sini. Dengar ambulan ajer ada lah. Berbeza amat dengan Paris yang ada polis / tentera dimana-mana.

Naik Bus Dari Amsterdam ke London

Setelah terasa tepu tak tahu nak pergi mana di Amsterdam, maka kami pun pergi lah naik train dari Amsterdam Central menuju ke Amsterdam Sloterdijk. Next destination adalah London. Kami naik OUIBUS dari Amsterdam Sloterdijk menuju ke Victoria Coach Station London. Bus ini akan menyinggah di Brussel, Belgium.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Murah je harga tiket Amsterdam ke London. Hanya Euro26 seorang termasuk tax. Gerak lebih kurang pukul 8.30 malam dan sampai lebih kurang pukul 6.25 pagi keesokan harinya. Jimat kos tempat tinggal. Tidur je dalam bus. Marhaen kene lah berjimat mana yang boleh.

Sepanjang perjalanan terasa lancar je sebab memang aku tidur mati je malam tu. Letih berjalan sana sini. Gerak je bus…aku terus tidur tak sedar diri. Sedar sedar je dah sampai Brussel Belgium. Lupa plak nak ambil gambar sekitar. Sejuk dan tak ada apa-apa yang menarik pun kat kiri kanan. Sebab style orang situ drop bus tepi jalan je. Tak macam kat Malaysia, ada tempat yang proper besar gedabak macam Terminal Bus Selatan.

Sambung lagi perjalanan melalui Paris pula. Hairannya, disini kami kene check di kaunter imegresen dan kene bawa semua beg dan barangan untuk di scan di kastam Paris. Di Netherland kami langsung tak di check bla bla bla. Mungkin sebab dalam kesatuan euro kot.

Katanya ada penumpang yang terkandar / ditahan sebab cubaan menyeludup. Pengsan. Sebab itulah aku tak bawa barangan pelik pelik. Sebab kat eropah ni tak macam kat Asia Tenggara. Serba serbi ada je peraturan/barangan kawalan mereka. Alhamdulillah, kami smooth.

Nak masuk United Kingdom pun kene check lagi di Imegresen. Lupa plak nak bawa iternary bla bla bla. Banyak pula yang ditanya oleh pegawai imegresen tu. Aku pula mana nak ingat nama jalan / alamat rumah penginapan. Style imegresen kat sini kene seorang-seorang. Tak macam kat Airport yang boleh pergi secara berkumpulan. Jadi, terkapai-kapai lah asalnya. Nasib baik aku tenang je. Syukur. Last-last lepas selepas kawan aku bagi attachment via mobile.

Paris ke UK kene lalu Euro Tunnel. Ada jadual bertolaknya juga. Oleh kerana kami banyak habiskan masa di imegresen perancis dan UK, jadi kami terkandas selama lebih kurang 1 jam ke 2 jam lebih untuk next train. OK lah tu kan sebab kami pun bukannya rushing sangat. ber huhu lah kami dalam hati.

Sampai je di Victoria Coach Station, kami lepas jap disana sebab kami hanya boleh check in di rumah penginapan pada pukul 12 tengahari lebih. Tapi sebelum tu, kami beli Oyster Card untuk public transport di London bagi zon 1 dan 2 selama seminggu. Tak ingatlah berapa harganya GBP35 to GBP48 kot. Lebih kurang macam tu lah kot harganya. Berbaloi sebab boleh naik bus dan underground train diorang secara unlimited untuk tempoh berkenaan. Kebanyakan tarikan pelancongan mereka memang terletak di zon 1 dan 2.