Naik Bus Dari London ke Paris

Kita nak jimat dan gunakan sepenuhnya masa yang ada disamping meminimumkan kos yang perlu dikeluarkan. Jadi? Apa yang kami lakukan? Kami merancang ‘bermalam dalam bus’ untuk perjalanan dari London ke Paris. Tidak perlu bermalam sangat di London sebab nanti di pengakhiran perjalanan, kami akan ambil banyak hari untuk jalan-jalan di sekitar united Kingdom khususnya Kota London. Gitew katanya.

Berdasarkan kepada pembacaan, terdapat 3 bus utama dan popular yang menyediakan perkhidmatan untuk perjalanan dari Victoria Coach Station London ke Paris (Pelbagai Destinasi) – Flixbus (dahulunya dikenali sebagai Megabus), National Express dan OUIBUS.

Kebanyakan orang memilih untuk menggunakan Flixbus sebab lebih murah. Tapi, oleh kerana perjalanan kami nanti adalah lewat malam, jadi mahu tak mahu akhirnya kami perlu memilih OUIBUS – 11.30 malam. Boleh rujuk lampiran di bawah untuk butiran perbezaan yang berkaitan.

*bukan tarikh sebenar

MEGABUS –> FLIXBUS

flixbus-london-paris Continue reading Naik Bus Dari London ke Paris

Naik Train Ke Victoria Coach Station

train-victoria-coach-station

Alternatif kedua yang menghubungkan Heathrow ke Victoria Coach Station – via Train.Option terbaik adalah dengan menaiki train dari Paddington Station – Paddington Underground Station (Circle Line) – Victoria Underground Station. Jarak masa yang diambil ialah lebih kurang 45 sahaja.  Berapa kosnya? Heathrow Express ke Paddington Station (Pound Sterling 22 seorang). Itu tak termasuk tiket dari Paddigton Underground Station ke Victoria Underground Station hahahaha. Mahal nak nak sangat hahaha. Jadi, jangan mimpi lah nak OK. Kita naik bus je dari Heathrow ke Victoria Coach Station. Kosnya pun hanya Pound Sterling 18 untuk 2 orang.

heathrow-express

p/s Nampak gaya kene belajar terma-terma pengangkutan awam di London. Banyak banyak betul operatornya hahaha.

 

Naik Bus National Express Coach?

national-express-coach-london

Ada banyak coach operator yang menghubungkan Lapangan Terbang Heathrow London dengan lebih 500 destinasi. Namun, operator terbesar dan yang mendominasi disini ialah National Express. Jadi, aku rasa, baik naik je National Express ini. Alang-alang terbesar kan? Aku beranggapan perkhidmatan yang diberikan semestinya OK secara average.

Ketibaan aku dijadualkan pada pukul 4.15 petang waktu tempatan. Naik kapal Airbus Jumbo, jadi rasanya mesti ambil masa juga untuk urusan turun dari kapal, ambil bagasi, kastam dan yang paling penting di imegresen. Agak-agak ambil masa berapa lama? Teringat dulu masa jemput kawan di KLIA yang baru balik dari London menaiki pesawat Airbus MAS, aku tunggu lebih sejam. Katanya beratur panjang sebab nak keluar kapal yang berzaiz jumbo + menunggu bagasi keluar. Pengsan.

Senang-senang, aku bajet 1 jam 30 minit kot. Jadi, aku boleh pilih antara 2 masa berlepas dari Terminal 4 Heathrow London – Victoria Coach Station sama ada 7.05 ptg atau 8.40 mlm. Jarak masa perjalanan adalah 2 jam 10 minit. Aiyooooo, lama betul dan perlu diingat, kalau naik bus ini apa-apa hal boleh terjadi sebab semuanya bergantung kepada keadaan kesesakan lalu lintas. Lagipun hari Jumaat….mesti sesak.

Perlu semak alternatif lain sebab malam itu juga aku nak kene pergi Paris dengan menaiki Bus sekitar pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam. Perkiraan perlu betul.

Lapangan Terbang Heathrow ke Victoria Coach Station

Berdasarkan kepada pembacaan, aku rasa pengangkutan awam di  London sangat efektif. Jadi, serba serbi tidak susah untuk hendak ke satu-satu destinasi. Hanya perlu pilih nak guna jenis pengangkutan awam yang bersesuaian dengan bajet yang ada.

Sebaik sahaja sampai di Heathrow via Malaysia Airline di Terminal 4 kami akan terus pergi ke Victoria Coach Station untuk meneruskan perjalanan menuju ke Paris. Dengan kata lain, kami akan bermalam dalam bus je. Nampak tak penjimatannya disitu? Bagaimana nak pergi ke Victoria Coach Station dari Lapangan Terbang Heathrow London? Ada 6 cara iaitu sama ada menggunakan Heathrow Express, London Underground, Heathrow Connect, National Express coach, Feltham rail link atau taxi.

Logiknya, jenis pengangkutan yang paling murah adalah dengan menaiki bus (National Express coach). Lagipun kami tidak begitu tergesa-gesa. Insyaallah…kita gunakan perkhidmatan bus sahaja. Berdasarkan kepada info yang diberikan, jarak masa perjalanan antara Heathrow dengan Victoria Coach Station jika menggunakan bus adalah sekitar 40 hingga 80 minit.

heathrow_central_bus_station_-_geograph-org-uk_-_582008

Bus pertama yang akan bertolak dari Victoria Coach Station adalah pada pukul 3 pagi dan dijadualkan sampai di Central Bus Station (Terminal 2 & 3) pada pukul 3.40 pagi. Daripada situ, bus dijadualkan sampai di Terminal 5 pada pukul 3.55 pagi dan Terminal 4 pada pukul 4.10 pagi (katanya).

Dari Terminal 4 dan 5 juga, pengunjung boleh pergi ke Terminal 2 dan 3 dengan menaiki Heathrow Express secara percuma. Kekerapan Heathrow Expres adalah 15 minit dan jarak masa perjalanan hanya ambil masa 5 minit sahaja katanya. Kalau nak naik bus pun ada dan percuma juga. Cuma kene tahu nak kene tunggu di perhentian (stop) yang mana satu – Stop 7 @ Terminal 4.

Kadar kekerapan perkhidmatan bus disini tidaklah secekap London Underground dan Heathrow Express. Katanya, Heathrow ini adalah destinasi akhir bus. Jadi, kadar kekerapannya bergantung kepada faktor persekitaran seperti trafik jem etc kot. Sebagai contoh pada awal pagi dan lewat malam, kadar kekerapannya ialah 1 bagi setiap jam. Manakala untuk waktu-waktu lain pula ialah antara 4 dan 5 bus bagi setiap jam.

heathrow_national_express_bus-jpg-pagespeed-ce-ynuptcmcuc
Takpe, nanti kita semak dulu jadual perjalanan dan terus booking via online @ National Express coach. Menariknya, penumpang dibenarkan membawa 2 beg besar (20 kg setiap satu) dan 1 beg bimbit untuk dibawa naik bersama.

Malaysia Airline A380

Woww, teruja lah juga sebab perjalanan Kuala Lumpur – London akan menggunakankan pesawat Malaysia Airline Airbus A380. Pesawat yang mempunyai 22 buah tayar ini berkeupayaan membawa 525 penumpang dengan konfigurasi tiga kelas atau lebih 800 penumpang untuk konfigurasi satu kelas. Namun MAS memilih untuk membawa 494 penumpang bagi tujuan keselesaan.

Katanya, empat orang juruterbang diperlukan kerana masa bekerja maksimum bagi seseorang juruterbang ialah lapan jam. Sedangkan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London memakan masa lebih 13 jam. Nah, dibawah ini adalah fakta mengenai Airbus A380

mas a380 1 Continue reading Malaysia Airline A380