Seperti biasa, suhu dan cuaca sangat penting untuk kita lihat dahulu tatkala hendak berjalan ke negara Eropah. Kita lihat je memana laman web ramalan cuaca yang difikirkan boleh dipercayai. Purata suhu bulan Januari dan Februari di United Kingdom, Perancis, Belgium dan Netherlands adalah ‘tersangat sejuk’ bagi aku. Sila rujuk gambar diatas. Pengsan dibuatnya dik. Semasa di Hong Kong, suhu mencecah 10 darjah celcius pun aku tak boleh tahan. Nak sentuh air pun menggigil. Apatah lagi suhu bawah 10 darjah celcius.
HARUS dan WAJIB bawa baju tebal dan ubat selesema bagai. Aku memang tak tahan sejuk. Semasa di Itali pun aku selesema dan batuk-batuk. One and only yang sakit di sana. Boleh? Sangat orang kampung yang meloncong ke negara Mat Salleh hahahaha.