Harrods ni kat salah satu tempat membeli belah popular kat London. Normally orang mesti akan datang kat sini. Beli atau tidak itu belakang kira. Kiranya nampak macam sini ni Starhill kalau kat Malaysia. Penuh dengan barangan berjenama. Lengkap 1001.
Pertama kali masuk dalam sini rasa macam semuanya branded je. Rupanya, selepas kali kedua masuk dalam, penuh dengan pelbagai jenis barangan lain juga. Siap ada barangan dapur, rumah, dekorasi, restoran dan bla bla bla. Kene tengok kat peta diorang. Memang pelbagai jenis.
Diorang pun ada keluarkan barangan jenama sendiri – Harrods. Adalah kami beli ole-ole untuk diri sendiri dan yang tersayang. Kawan aku kirim Huda Beauty. Gigihlah juga mencari kat mana kiosk diorang. Jumpa akhirnya. Katanya tengah trending jenama nie. Layankan sahaja huhu.
Kat area sini pun ada butik Zara. Boleh tahan murah / berbaloi jugalah harganya. Beli lah beberapa helai. Tapi kebanyakan barangan aku beli di Primark sebab harganya yang murah dan baranganyang unik. ahaks. Apapun, kebanyaka barangan yang dijual kat sini mesti keluaran negara Asia. Paling tidak pun China mari pun mesti ada.