Portobello Road Market, London

A post shared by MNM (@denniszill) on

Destinasi pertama yang kami pergi di pagi Sabtu yang berbahagia @ London mari adalah Protobello Road Market. Antara destinasi popularlah juga dikalangan orang-orang kita. Waktu operasinya adalah seperti berikut:-

09:00 – 18:00 Isnin – Rabu
09:00 – 13:00 Khamis
09:00 – 19:00 Jumaat – Sabtu

Macam-macam ada kat sini. Barangan antik, makanan, buah-buahan dan cenderamata. Barangan 2nd hand pun ada. Rupanya mat salleh pun pakai baju bundle dan amat menggemari barangan antik/lama.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Sepanjang alam pasar nie. Kami pergi sekerat jalan je sebab cuaca gerimis. Pada masa yang sama, dok survey lah dulu harga cenderahati untuk dibawa pulang.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Dah macam pasar tani pun ada juga sebab kat sini pun diorang jual buah-buahan segar. Kalau rumah penginapan kami dekat, memang aku pergi beli terus. Semestinya harga lebih murah berbanding di tempat lain. Geram tengok especially strawberry. Belilah juga satu kotak strawberry untuk dimakan dengan Nutella. Ahaks…memang sedap.

Kat area Paris, Amsterdam dan London nie, aku perhatikan Nutella menguasai pasaran jem. Sikit-sikit nutella. Meriah.

Tatkala nak balik tu ada kedai cenderamata yang jual murah. GBP10 dapat 20 unit cenderamata pelbagai jenis fridge magnet/keychain bla bla bla. Datang negara orang nie kene pandai dan gigih berjalan sana sini. Barulah boleh kurus dan cuci mata ? ahaks

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Pandangan Pertama di London?

Terasa bahagia pula dapat duduk di London sebab kelihatannya disini sana sini boleh nampak orang muslim. Kedai dan makanan halal pun sana sini nampak. Datuk Bandar pun Muslim tatkala ini.

Bus kegemaran Cik Pegaga

A post shared by MNM (@denniszill) on

Kami duduk di Porchester Road. Depan kini kanan belakang semua ada public transport sama ada bus atau underground (train). Rumah pula lengkap dengan TV, dapur dan bilik tidur. Serba serbi lengkap untuk memasak dan berjimba dengan selesa.

Nak kemana-mana kami Google Maps je. Destinasi pertama kami adalah Oxford Road. Disini katanya ala-ala Segitiga Emas di Bukit Bintang bla bla bla. Berjalan cuci mata tengok barangan murah di Primark dan kawasan sekitarnya. Ohhh kat Zara pun boleh tahan murahnya tengok gaya.

Masak apa hari ini dikkkk ???

A post shared by MNM (@denniszill) on

Kami banyak beli barangan pada harga bawah GBP9.9 macam tu. Kalau kat Malaysia, rasanya ratusan ringgit ni kot. Ada juga barangan yang dijual bawah GBP5. Cantik dan unik design nya. Beli…jangan tak beli. Kebanyakan design2 kan origin country ada kat eropah, jadi harga jualan pun lebih murah.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Sana sini boleh nampak pak arab. Jadi, serba serbi untuk pandangan pertama memang bestlah gamaknya. Makan senang, public transport pun kiri kanan ada, boleh main masak-masak dan pergaulan pun mudah. Bahagia & tenang plak rasanya. Boleh?

Orang Malaysia pun ramai kat sini. Sana sini mesti terserempak dengan Malaysian. Anggota keselamatan tak pulak nampak kat sana sini. Dengar ambulan ajer ada lah. Berbeza amat dengan Paris yang ada polis / tentera dimana-mana.

Naik Bus Dari Amsterdam ke London

Setelah terasa tepu tak tahu nak pergi mana di Amsterdam, maka kami pun pergi lah naik train dari Amsterdam Central menuju ke Amsterdam Sloterdijk. Next destination adalah London. Kami naik OUIBUS dari Amsterdam Sloterdijk menuju ke Victoria Coach Station London. Bus ini akan menyinggah di Brussel, Belgium.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Murah je harga tiket Amsterdam ke London. Hanya Euro26 seorang termasuk tax. Gerak lebih kurang pukul 8.30 malam dan sampai lebih kurang pukul 6.25 pagi keesokan harinya. Jimat kos tempat tinggal. Tidur je dalam bus. Marhaen kene lah berjimat mana yang boleh.

Sepanjang perjalanan terasa lancar je sebab memang aku tidur mati je malam tu. Letih berjalan sana sini. Gerak je bus…aku terus tidur tak sedar diri. Sedar sedar je dah sampai Brussel Belgium. Lupa plak nak ambil gambar sekitar. Sejuk dan tak ada apa-apa yang menarik pun kat kiri kanan. Sebab style orang situ drop bus tepi jalan je. Tak macam kat Malaysia, ada tempat yang proper besar gedabak macam Terminal Bus Selatan.

Sambung lagi perjalanan melalui Paris pula. Hairannya, disini kami kene check di kaunter imegresen dan kene bawa semua beg dan barangan untuk di scan di kastam Paris. Di Netherland kami langsung tak di check bla bla bla. Mungkin sebab dalam kesatuan euro kot.

Katanya ada penumpang yang terkandar / ditahan sebab cubaan menyeludup. Pengsan. Sebab itulah aku tak bawa barangan pelik pelik. Sebab kat eropah ni tak macam kat Asia Tenggara. Serba serbi ada je peraturan/barangan kawalan mereka. Alhamdulillah, kami smooth.

Nak masuk United Kingdom pun kene check lagi di Imegresen. Lupa plak nak bawa iternary bla bla bla. Banyak pula yang ditanya oleh pegawai imegresen tu. Aku pula mana nak ingat nama jalan / alamat rumah penginapan. Style imegresen kat sini kene seorang-seorang. Tak macam kat Airport yang boleh pergi secara berkumpulan. Jadi, terkapai-kapai lah asalnya. Nasib baik aku tenang je. Syukur. Last-last lepas selepas kawan aku bagi attachment via mobile.

Paris ke UK kene lalu Euro Tunnel. Ada jadual bertolaknya juga. Oleh kerana kami banyak habiskan masa di imegresen perancis dan UK, jadi kami terkandas selama lebih kurang 1 jam ke 2 jam lebih untuk next train. OK lah tu kan sebab kami pun bukannya rushing sangat. ber huhu lah kami dalam hati.

Sampai je di Victoria Coach Station, kami lepas jap disana sebab kami hanya boleh check in di rumah penginapan pada pukul 12 tengahari lebih. Tapi sebelum tu, kami beli Oyster Card untuk public transport di London bagi zon 1 dan 2 selama seminggu. Tak ingatlah berapa harganya GBP35 to GBP48 kot. Lebih kurang macam tu lah kot harganya. Berbaloi sebab boleh naik bus dan underground train diorang secara unlimited untuk tempoh berkenaan. Kebanyakan tarikan pelancongan mereka memang terletak di zon 1 dan 2.

Melawat Rijksmuseum Amsterdam

 Kami berada di Amsterdam lebih kurang 2 hari 1 malam sahaja. Kami banyak tertumpu melawat kawasan menarik di sekitar pusat bandar amsterdam sahaja. Agak-agak yang jauh dan ambil masa nak pergi tu, kami abaikan. Sekadar nak check in dan lihat bandar nie je pun.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Oleh kerana kami tak dapat masuk ke Louve Museum di Paris, tuan rumah tempat kami menginap tu bagi cadangan…datang ler ke Rijksmuseum. Katanya disinilah ‘mini the lourve’. Harga nak masuk pun tak lah mahal sangat. Jadi kami pun OK. Sebab orang eropah nie memang sikit-sikit buat museum. Suka simpan koleksi dan bernostalgia kot.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Like seriously, orang sini memang sangat menghargai sejarah. Anak-anak kecil mereka memang diajar dan nampak sangat digalakkan masuk ke museum. Impress sangat.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Macam aku sendiri pun memang suka sejarah.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Kat dalam ni ada macam-macam koleksi sejak tahun 1100 hingga 2000. Tak ingat ada berapa tingkat tapi memang besar gedabak jugak lah. Jadi disini aku tak dapat bayangkan macam mana The Lourve kat Paris tu. Mesti berganda-ganda dan memang betullah kata orang. Pergi sehari memang tak cukup.
Aku datang sini pun skip sana sini. Kalau betul-betul menghayati, memang tak habis juga lah nak Rijksmuseum nie.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Berjalan Kaki di Amsterdam

Aku sendiri tertanya-tanya, nak buat apa di amsterdam selain daripada ambil gambar di terusan / berlatar belakangkan bangunannya yang cantik tu?

A post shared by MNM (@denniszill) on

Seperti biasa, kalau nak tahu tempat menarik kat satu-satu tempat tu, buat carian di google ‘Points of interest at Amsterdam’ sebagai contoh. Jadi, encik Google akan bagi senarainya. Tak pun, berlambak blog dan laman web yang bagi cadangan.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Di Amsterdam pun banyak kedai/kiosk yang boleh membantu pelancong untuk pergi ke tempat-tempat menarik. Siap berpakej bagai. Meh sini aku senaraikan tempat menarik untuk bergambar kenang-kenangan yang ada dalam pamplet yang dapat:-
  • Central Station
  • Red Light District
  • Windmill de Gooyer
  • artis Royal Zoo
  • Gassan Diamonds
  • Jewish Cultral Quarter
  • Royal Theatre Carre
  • Heineken Experience
  • Museum Square
  • Vondelpark
  • anne Frank House
  • Saint Nicholas Church
  • Hermitage Museum
  • albert Cuyp Market
  • Rijksmuseum
Boleh dikatakan aku pergi ke semua tempat ini. Ohhhh termasuk Pusat Islam terbesar di Amsterdam. Itu pun aku pergi sekali. Jalan kaki je. Nak naik basikal. Tapi macam tak yakin je sebab tak biasa dengan laluan / trafik mereka. Risau kemalangan je hahaha.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Langkah terbaik adalah berjalan kaki sahaja. Lagipun lebih feel dan tak perlu risau sana sini. Rasa-rasa cantik dan nak bergambar, terus posing sahaja. Mudah kan? Kecil je pun kawasan sini. Tak penat berjalan dan tak berpeluh pun sebab cuaca sejuk. Rindu pula dengan sang mentari ahaks.

Flowers Market kot ???

A post shared by MNM (@denniszill) on

Seperti di negara-negara lain, disini pun memang fully online. Boleh download je Mobile Apps : CITY SIGHSEEING AMSTERDAM. Free je pun dan kat situ ada macam macam informasi yang diperlukan.
Pengembaraan zaman sekarang mudah sebab segalanya dihujung jari.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Kedai org Dutch comel belaka

A post shared by MNM (@denniszill) on

Comel

A post shared by MNM (@denniszill) on