Cuci Mata Di Galeries Lafayette Paris

Kata orang, kalau ke Paris, datang lah keĀ Galeries Lafayette un tuk membeli barangan mereka. Murah-murah belaka. Konsep Sogo kalau di Malaysia. Tapi kat sini barangannya branded yang amat. Main campak-campak je diorang hahahahaha.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Syurga untuk wanita je lah. Sebab time kami datang tu cuti tahun baru cina, jadi kelihatannya ramai warga cina yang datang dan berada dimana-mana. Meriah mereka membeli barangan. Makcik-makcik kaya raya.

Barangan lelaki? Not so impresss sangat lah. Sebab kami pun backpack je dan merancang untuk membeli belah di London sahaja. Pada masa sama, kami nak ke Amsterdam dulu. Jadi, satu hal plak nanti nak mengangkut. Sadis tak?

A photo posted by MNM (@denniszill) on


Tapi serious, memang murah dan berbaloi kalau nak membeli barangan mewah disini.

Naik Bot di AmsterdamĀ 

Sama macam di Paris….Amsterdam pun ada menyediakan perkhidmatan menaiki bot di terusan mereka yang popular saentero dunia tu.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Tuan rumah tempat kami duduk tu ada bgtau disini ada banyak pakej. Pilih je mana satu yang bersesuaian dengan bajet. Kalau nak naik bot yang berbumbung, harga paling murah yang boleh dapat ialah euro10 untul sejam.

Kalau nak yang lagi murah, guna je bot yang tak berbumbung. Harga hanya euro5 sahaja. Ikut bajet dan kesesuaian suhu semasa.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Tatkala kami pergi tu suhu 2 darjah celsius dan berangin. Jadi, selayaknya naik bot berbumbung lah kan. Tapi lecehnya bot berbumbung dan bertingkap bagai ni adalah gambar atau video yang diambil tak cantik sangat.

Ada pro dan kontra ler.

Cantik amat dikkkk suasana sekitar Amsterdam. Kat dalam bot tu adalah diterangkan dan ditunjukkan mana mana tempat tarikan yang pengunjung boleh singgah nanti. Ada bagi beberapa tips dan bla bla bla.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on


Di Amsterdam ni orangnya lain berbanding paris. Lebih mesra dan speaking pun not bad. Katanya di sini pun mereka ditekankan untuk belajar dan bertutur dalam bahasa inggeris. Kata tuan rumah tu ler.

Habis sejam ronda amsterdam via bot, kami balik dulu rumah untuk mandi dan berehat seketika. Sejuk dikkkkk

Lagipun kat amsterdam nie pusing sana sini sama je persekitarannya. Kecil je keluasannya.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Naik Bus dari Paris ke Amsterdam

Selesai sudah menimba pengalaman di negara sekular Perancis. Kini tiba pula giliran Netherlands pula. Di sini kami memilih Amsterdam sahaja. Idoknya nak ke tempat lain. Sebab rasanya tumpuan pelancongan yang dikehendaki hanya disini. Bajet pun ciput, jadi fokus kepada mana yang popular sahaja ahaks.

Sekali lagi, kami menaiki OUIBUS dari Paris Bercy. Naik bus dari pukul 8 mlm macam tu. Sampai di xxxxx central, Amsterdam sekitar pukul 6 pagi kalau tak silap.

Perjalanan lancar dan tidak terganggu langsung. Mungkin aku nyenyak tidur kot. Jadi, bangun je tido dah sampai amsterdam. 

Sampai awal sangat, jadi kami lepak di Starbucks minum air panas panas dulu. Sebab cuaca sangat sejuk dan berangin. Memang menggigil ler hahahahhaa. Tapi aku suka sebab merasalah juga pengalaman musim sejuk di negara mat salleh kan ahaks. Lepak sebentar di Starbucks sambil call Salina Mansyahar. Sibuk buat laporan itu ini katanya.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Amsterdam ni kecil je. Pusing sana sini akan jumpa tempat yang sama. Jadi tak risau ler sangat. Dari xxxx central, kami naik train menuju ke Amsterdam Central. Satu station je pun.

Cuaca sangat sejuk dan kami jalan kaki menuju ke tempat penginapan seperti yang telah diberikan direction nya oleh tuan rumah. 

Kami sampai awal. Tapi tuan rumah benarkan kami check in bag awal. Jadi kami tinggalkan bag dalam rumah tu dan keluar jejalan sekitar amsterdam dahulu.

Ada juga bertanya dan minta pandangan dia mengenai pengangkutan terbaik. Katanya tak perlu pun ambil pakej naik train. Jalan kaki atau hanya naik basikal je sudah memadai. Sebab dekat je sana sini. 

A post shared by MNM (@denniszill) on

Jadi kami pun follow je. Sebab kebanyakan suggestions yang dia bagi adalah menjimatkan. Sangat bajet katanya huhu.

Lagipun dia pernah ke KL – Melaka – Penang. Jadi serba serbi dia sangat berpengetahuan mengenai Malaysia. Lucky kan… 

Ohh ya, disini memang ramai Indonesia. Mungkin sebab mereka pernah menjajah sana kot. Kolonial katanya u olllz. Macam kita lah juga. Ramai ke UK. Ermmmm kedai indonesia pun banyak kat sini. 

A post shared by MNM (@denniszill) on

Bergambar Sakan di Louvre Museum Paris

Sedih dikkkk sebab tak dapat masuk ke dalam museum Louvre Paris. Rupanya mereka tutup pada hari selasa. Pengsan. 

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Salah percaturan hari kaedahnya hihi.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

A video posted by MNM (@denniszill) on

Nak masuk murah je pun. Sekitar berapa ringgit je. Tapi tu lah…tak ada rezeki nak masuk sana kan. Sabar je lah.

Jadi, apa yang kami lakukan adalah bergambar sakan di sekitar Louvre Museum ini. Agak ramai juga orang yang senasib dengan kami. Masing masing bergambar sakan.

Ini kalau buka rasanya penuh semangkuk dengan manusia agaknya. Yelah… rasanya inilah muzium paling popular di dunia. Rasanya antara yang terbesar juga. Bayangkan ada 35K koleksi yang tersimpan disini. Haruslah aku admire nak tengok kannn.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Tapi apakan daya, tak ada rezeki. Mungkin lain kali siapa tahu adalah rezekinya tu. Insyaallah

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Singgah di Moulin Rouge Paris

Moulin Rouge nie tempat pelacuran rasanya. Popular sebab ada filem mengenainya suatu ketika dahulu. Alang alang datang jejauh kan, kita singgah tengok ler tempatnya macam mana.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Hanya perlu naik train dan berhenti di station blanche. Naik je tangga terus jumpa. Tersergam merah menyala kat tepi jalan.

Kalau ikutkan memang itu je lah keadaanya pada belah siang. Agaknya mesti tempat ini meriah pada malam hari. 

Gengok keadaan kiri kanan dan orang yang ada macam semacam je kelihatannya. Jadi, apa lagi…ambil gambar kenangan dan terus pulang hihi.

A photo posted by MNM (@denniszill) on