Gereja Gothik rasanya. Aku pun kurang faham apa definasi gothik yang mereka maksudkan.
Sekeliling kawasan ini memang cantik. Penuh seni dan pohon. Kalau datang waktu musim bunga mesti cantik.
Cuma seperti biasa, ada sahaja yang mengganggu pelancong di sini. Nak ambil gambar burung merpati pun ada yang kacau suruh bayar. Konon nak belikan burung itu makanan. Pengsan.
Ohhhh ya, kami masuk ke dalam gereja nie. Saja nak tengok apa isi dalamnya. Dalam tu tempat beribadah dan kelilingnya diletakkan bahan sejarah dan pameran.
Jadi, apa yang perlu buat? Beli je tiket naik bot untuk pergi ke 9 station yang ada tarikan pelancongan. Harga hanya Euro17 seorang untuk sehari suntuk.
Boleh naik turun naik turun sampai ko puas hari seharian hahaha. Ada juga alternatif lain pada harga Euro15 untuk 1 jam atau Euro10 (guna tiket Paris Visit). Untuk yang guna tiket Paris Visit, aku tak pasti macam mana nak guna samaada bayar sekali untuk sehari suntuk atau pada tempoh masa tertentu. Kami tak habis ronda ronda. Tu yang terlepas pandang.
9 station yang bot ini pergi ialah Champs Elysees, Louvre, Hotel De Ville, Jardin des Plates, Notre Dame, Saint Germain des pres, Musee d’Orsay, Tour Eiffel dan Beaugrenelle.
Kalau dapat pergi semua tempat ini dalam 1 hari memang tabik spring ler. Diorang beroperasi dari 10 pagi hingga sekitar 7 malam sahaja. Ikut musim dan hari. Kalau sabtu ahad ada yang sampai 9.30 mlm. Kene check di kaunter.
Macam kami, diorang hanya beroperasi 10 pagi sampai 7 mlm je sebab musim sejuk, jadi waktu siang agak singkat. Pukul 6 dah gelap.
Macam mana nak pergi sini? Tengok maps sebab destinasi kita berbeza-beza. Kami berhenti di station Abbesses. Google Maps je dikkk. Sebab negara Eropah nie segala-galanya boleh diakses via Internet. Sangat terperinci penerangan yang diberikan. Nak stop dan naik kat mana semua diberitahu.
Ada gereja dan perkampungan kat atas bukit tu. Memang rezeki melimpah ruah kat orang kampung sana. Tapi yang hebatnya, kat kaki bukitnya pula kedai kedai yang ada kelihatan dikuasai oleh orang india.
Kalau nak membeli cenderamata, beli lah kat area sini je. Sebab lebih murah berbanding tempat lain katanya. Kene pandai memilih dan bandingkan harga. Macam keycain ni kami beli 10 untuk Euro4. Ada juga kedai yang jual 13 untuk Euro5. Fridge magnet pun murah je. Boleh dapat murah pada harga Euro6 untuk 10 unit.
Hati-hati dengan warga afrika yang dok menjual gelang atau what so ever jualan. Jauhi mereka sejauh mungkin. Buat dek atau masukkan tangan ke dalam poket. Jangan sampai mereka tarik. Nanti dipaksanya membeli. Aku cakap nie sebab aku memang kene. Mat Afrika tu tarik tangan aku dan paksa-paksa aku. Kita buat lah muka kesian seposen nak nangis dan meraih perhatian sekeliling. Akhirnya lepas. Tak lama selepas itu mereka kelihatan bersurai sedikit demi sedikit. Aku memang tak fikir lain. Cabut lari dan cepat-cepat naik atas.
Nak naik atas bukit tu boleh juga nak train. Pemegang tiket yang seminggu ini pun boleh guna untuk naik train. Jadi, mudah ler.
Kat atas bukit itu pun ada Espace Dali. Ada sekumpulan orang yang menjual lukisan. Sangat cantik dan unik kelihatannya. Boleh tengok dan beli jika berkenan.
Syukur kami dapat check in seawal 12 tengahari di Paris. Sebab orang yang menginap sebelum kami tu keluar rumah awal. Jadi tuan rumah benarkan masuk awal. Untunglah..
Meriah dikkk…sebab tempat penginapan kami dekat je dengan Train Metro dan Eiffil Tower Paris. Menapak sekitar 5 minit je dah sampai. Dari bawah bangunan penginapan kami pun dah boleh nampak menara tu. Jadi, OK lah kan untuk golongan marhaen macam kami ni hahahaha.
Musim sejuk jadi pokok pun kering dan bla bla bla. Ohhhhh syukurlah anakku, sampai jua kita akhirnya ke Paris dan bergambar sakan buat kenang-kenangan.
Keselamatan agak ketat sebab ancaman pengganas kan. Tapi OK lah, sekurangnya kita yakin dan rasa selamat sebab polis dan tentera dimana-mana. Siang aku pergi dan malam pun aku pergi. Pada belah malam, tiap satu jam mereka akan buat lampu liplap. Aku ada post videonya di instagram.
Macam kami, dari London ke Paris kami naik bus je dikkk. Kosnya adalah GBP29 seorang dengan menggunakan OUIBUS. Naik dari Vistoria Coach Station menuju ke Paris Bercy. Pergi pukul 11.30 mlm dan sampai pukul sekitar 9 pagi kot. Tak ingat sangat waktu ketibaan.
Bus kat sini selesa dan ada tandas. At least dlm kesejukan tu boleh lah kencing je dalam bus kan.
OUIBUS ni milik orang perancis. Jadi serba serbi diorang cakap Perancis je. Dari London ke Paris tak banyak karenah sebab tiada pemeriksaan kastam dan imegresen. Lancar je kat sini.
Sangat berbeza dengan imegresen UK yang tanya itu ini.
Tidak seperti di Malaysia atau UK, bus station di Perancis sangat simple. Ala ala drop tepi jalan je. Tak ada yang proper kelihatannya. Mungkin inilah istilah sekular nya kot.