Tinggal 4 hari di Paris

Alhamdulillah, gigih naik Metro Paris dari Bercy menuju ke tempat tinggal. Kami beli tiket mingguan iaitu Paris Visit. Harga sekitar Euro18 untuk seorang. Boleh guna mana mana public transport yang ada di zon 1 dan 2 (kawasan pelancongan).

A video posted by MNM (@denniszill) on

Tiket Paris Visit ni kecil je dikk. Jadi kene simpan elok2. Nampak macam ada cip di dalamnya. Sebab nak masuk lebih kurang macam mesin ATM dan nak keluar kita main jalan je kat laluannya – pintu terbuka sendiri. Hebat bukan?

Kami tinggal di kawasan penempatan mat salleh perancis katanya. Lebih selamat dikk. Sebab sini ada banyak orang kulit hitam yang kelihatan agak agresif kelihatannya. Jadi, langkah berjaga2 itu perlu.

Rumah kat sini ala-ala rumah pangsapuri cantik. Mungkin bagi mereka ia kelihatan biasa, tapi bagi kita yang tak biasa nie mesti ala ala takjub dengan hasil seni bina bangunan mereka.

Pelbagai jenis dan tiap rumah guna sistem keselamatan yang menggunakan kod tertentu. Jadi kalau tak ada kod, tak boleh masuk. Lif diorang pun kecik comel je. Boleh muat 2 orang dewasa je camtu. Dok pulak kat tingkat teratas. Memang wajib guna lif ler dikk. Tapi boleh je naik tangga sebab tingkat 6 je pun. Tangganya pun kecil je.

Kene jalan perlahan-lahan sebab lantainya macam guna kayu. Tak pasti style bangunan orang perancis ni memang macam ni kot. Ikut logik, kene pakai kayu sebab mereka iklim 4 musim. Kalau lantai kayu, tak lah sejuk sangat rumah tu time musim sejuk. Ye dok. Rumah yang kami inap ni dekat dengan pejabat UNESCO dan memang hampir dengan station sevres lecourbe. Jalan kaki area 5 minit dah sampai. Dengan Eiffil Tower pun dekat. Memang boleh nampak dari situ.

Kami booking di Airbnb je. Dok kat rumah orang. Jadi boleh lah nak masak or what so ever related ahaks. Tengok situasi dan masa jugalah harganya. Rasanya lebih murah kot berbanding hotel. Yelah..dok menumpang bilik kat rumah orang hihi.

Harga untuk 4 hari 3 malam adalah RM426 sahaja.

 

Kuala Lumpur ke London

Jarak perjalanan yang perlu ditempoh antara Kuala Lumpur – London yang kami tempohi adalah kira-kira 10,798 km. 

Anggaran masa perjalanan pula adalah dalam lingkungan 13 jam 45 minit. Awalnya kami dijangka sampai pukul 5.30 ptg waktu London. Tapi tengok paparan skrin nampak macam berganjak kepada 5.37 ptg waktu London.
Beza waktu Malaysia dan United Kingdom ialah -8. Jadi mudah je ler, tolak je dengan 8 haha.

Tatkala ini, ketinggian penerbangan ini sekitar 11,000 dari paras laut. Kalau ikut kepada pengumuman pilot, katanya ketinggian penerbangan akan mencecah 40,000. 
Mungkin ketinggian seumpama itu dikawasan yang berisiko kot. Sebab dah separuh perjalanan, ketinggian tetap sekitar 11,000. 
Memang bosan amat kat dalam nie. Makan dan minum dan minum dan minum…kemudian kencing. Sejuk yang amat dikkk. Telinga aku berdengung. Harap kesihatan baik baik sahaja.
Sebaik sahaja sampai,  kami akan terus ke Victoria Station untuk sambung perjalanan ke Paris pula. Sebelum tu memang kene cari tuala kat mana-mana sebab tempat penginapan kami tidak disediakan tuala mandi. Ter mizzz kat situ. Tak bawa…

Data Internet Murah di United Kingdom 

Zaman sekarang, semakin lama semakin tidak lagi menggunakan pakej panggilan dan sms.


Semua nak pakai data internet je. Betul tak? Lebih jimat dan mudah nak guna. Nak buat panggilan atau hantar msg…pakai whatsapp je. Tak pun guna je mana mana media sosial.

Gigih juga mencari maklumat data internet sebelum ke United Kingdom + Euro nie. Tak jumpa dikk. 

Jadi, lepas sampai je..memang terus cari simcard untuk kemudahan komunikasi. Incase apa apa hal terjadi kan. Lagipun kemudahan komunikasi khususnya internet penting untuk elak sesat barat.

Pergi mana mana kaunter dan tanya mereka perkhidmatan data internet mana yang OK. Ikut je cadangan daripada mereka.

Macam kes kami, orang kaunter tu cadangankan 2 pakej untuk kami pilih. 

Pertama, 12GB utk penggunaan sebulan (UK dan Euro). Boleh ber hotspot di negara2 Euro termasuk UK. Harganya ialah 40 Pound sterling.

Pakej kedua yang dicadangkan pula ialah unlimited data internet pada harga hanya 45 Pound Sterling. Tapi hanya boleh ber hotspot di UK sahaja. Di negara Euro yang lain tak boleh. Boleh pakai sehingga sebulan.

Jadi, pilih yang mana dik? Ambil yang unlimited data je lah. Lagipun kita share. Dah murah lah tu kan

Pertama Kali Naik AIRBUS 360

Tidak pasti, adakah hanya perjalanan untuk ke London sahaja yang menggunakan Airbus 360? Lain kali lah Google kan ahaks.

Besar gedabak dikk. Sebelum ini pernah naik Boeng untuk ke Hong Kong. Itu pun dah besar. Ini lagi besar sebab 2 tingkat. Pengsan

Perjalanan kami tertunda banyak kali. Katanya tak dapat kebenaran untuk terbang di chennai. Sibuk kot. Jadi terpaksa guna route lain.

Katanya akan delay 2 jam. Jadi, daripada 13 jam 45 minit kepada 15 jam 45 minit. Pengsan

Bermalam di Tune Hotel KLIA2

Oleh kerana flight pagi, maka aku bermalam di Tune Hotel KLIA2. Pepagi buta, sapa nak menghantar kan sebab hari bekerja. Jadi aku pun booking pada harga sekitar RM275 untuk 2 orang.

Alhamdulillah, tiada masalah dan semua berjalan lancar. Memang dekat yang amat dengan KLIA2. Daripada situ aku naik ERL untuk ke KLIA.
Seawal 4 pagi aku bangun. Tahajjud jap dan terus menapak ke ERL. Lebih kurang 5.30 kot rasanya train bergerak. Lebih awal berbanding jangkaan. Memang langkah kanan. 

Sampai je di KLIA, kami terus wrap bagasi dan beratur untuk check in / drop bag di kaunter MAS. Ramai yang beratur sudah. Jadi tanpa buang masa, kami pun join masuk line sekali. Tempoh masa tak lama. Walaupun panjang, tapi gerak.

Sempat lah berbual bual dengan makcik sana sini. Rombongan reunion ke Australia dan New Zealand katanya hihi.
Imegeresen lepas…kastam pun lepas. Syukurlah anakku.