Memulakan Perjalanan Ke Eropah

Setelah 6 bulan siap sedia, akhirnya hari yang dinanti tiba juga akhirnya. Oleh kerana flight seawal pagi buta, jadi terpaksalah menginap di Tune Hotel untuk semalaman. Pepagi buta naik train ke KLIA untuk check in beg dan bla bla bla.

Nak buat macam mana, tak mahu memperjudikan masa dan menyusahkan orang untuk menghantar. Rasanya semua perancangan dah disusun baik punya. Harap semua OK sahaja ??

Persiapan Sebelum Ke Luar Negara

Alhamdulullah, cepat betul perkhidmatan Lazada. Beli hari ini esok dapat. Memang pantas dan berjaya ??.

Aku beli power bank jenama Xiomi untuk 10k punya. Harganya ialah RM76 rasanya. 

Power bank, Bag kecil dan bateri Samsung Note 3 sebagai salah satu bekalan aku untuk ke luar negara nanti.

Power bank aku akan bawa 3 atau 4 set kot. Tiap satu minimum 10k dan ada satu tu punya power 16k. Harap semuanya lepas lah kan ?

Sebelum ini ada 3 unit bateri. Tapi tak tahu kemana menghilangnya. Terpaksalah beli lagi. Samsung Note 3 ini aku akan gunakan untuk mengarang / update blog sebab baterinya lebih tahan lama berbanding Samsung Note 5. Lagipun ada 3 unit bateri. Jadi tak perlu risau.

Beg kecil pula perlu untuk bawa duit / benda penting. Biasalah…di kawasan pelancong memang banyak pencopet especially Paris (katanya). Jadi langkah pencegahan perlu dilakukan.

Sedang berkira-kira macam mana nak lock beg sebab aku pakai beg pack. Macam tak ada tempat untuk seal je.

Lain2 persiapan yang masih belum dibuat adalah bekalan makanan dan ubat bla bla bla. Minggu ini dah kene siapkan dokumentasi. Letak cantik-cantik dalam fail.

Belajar Bahasa Perancis

Dikkk… nak ke Paris Perancis kenelah belajar sedikit sebanyak cara pertuturan dan percakapan orang Perancis. Dulu time belajar kat UiTM ada lah juga ambil bahasa perancis. Tapi tidaklah segah mana. Hahaha….kenelah belajar balik sebab lupa 100% 🙂

Percakapan Biasa

  1. Bonjour – Helo
  2. Bonjour – Selamat pagi
  3. Bonjour – Selamat tengah hari
  4. Bonsoir – Selamat petang
  5. Bonne nuit – Selamat malam
  6. Comment allez-vous? – Apa khabar?
  7. Bien, merci – Baik, terima kasih
  8. Et vous? – Awak pula apa khabar?
  9. Bienvenue – Selamat datang
  10. Il fait beau aujourd’hui – Hari ini sangat indah
  11. Bonne journĂ©e – Semoga hari anda baik
  12. Au revoir – Selamat tinggal
  13. Ă€ la prochaine – Jumpa awak nanti
  14. Ă€ demain – Jumpa lagi esok
  15. Pardon – Maafkan saya (apabila terlanggar seseorang)
  16. Puis-je vous aider? – Saya boleh membantu anda?

Nombor

  1. Un – Satu
  2. Deux – Dua
  3. Trois – Tiga
  4. Quatre – Empat
  5. Cinq – Lima
  6. Six – Enam
  7. Sept – Tujuh
  8. Huit – Lapan
  9. Neuf – Sembilan
  10. Dix – Sepuluh

 

Station Bus Paris Bercy

Insyaallah kami akan turun bus di Paris di Gare de Paris Bercy. Usha-usha jugalah keadaan bus station disana. Memang moden dan nampak selesa. Kelihatannya seakan TBS atau KL Sentral disini.

paris1

Alamat: Terminal OUIBUS Paris-Bercy, Gare de Paris-Bercy (Rue Corbineau), 75012 Paris France

paris2

Tak banyak informasi yang aku jumpa di Google setakat ini. Yang aku tahu, ada 7 station yang berfungsi seumpama ini di sekitar Paris – train dan bus