PARIS AMSTERDAM LONDON

Buat kenang kenangan

A post shared by MNM (@denniszill) on


Kita rangkumkan disini cerita perjalanan aku di Paris, Amsterdam dan London. Banyak benda aku belajar dalam siri perjalanan kali ini. Ber backpacker je pun. Semua berjalan dengan lancar dan memang menggunakan pengangkutan awam sepenuhnya

A post shared by MNM (@denniszill) on


PARIS

  • Kat sini memang romantik dan cantik. Bangunan diorang unik dan penuh dengan nilai estetika. Kalau ambil gambar bla bla memang cantik.
  • Orang kat sini cantik dan hensem. Pandai bergaya dan mempunyai rupa paras semulajadi yang menarik. Cair tengok.
  • Orang kata sini kotor. Ya memang betul. Agak kotor dan hancing. Bau air kencing dimana-mana sahaja. Agaknya kat sini diorang tak kawal atau memang bebas je kot
  • Banyak sangat orang negara ketiga/peminta sedekah/penjual haram. Rimas kalau pergi ke mana-mana tempat pelancongan. ada je orang yang menjual barangan cenderahati secara haram. Takut tengok sebab ada yang kelihatan memaksa. Aku sendiri pun kene. Diorang paksa-paksa aku reramai. Sentap
  • Keselamatan barangan kene jaga betul-betul. Memang betul lah orang kat sini pakar menyelok saku/mencuri. Kami kene. Sebab beg kami pun disambarnya. Kami pun terjumpa dengan Malaysian yang menghadapi masalah yang sama. Nasib baik tiada barangan berharga/sangat penting dalam tu.
  • Orang sini sangat takjub dengan seni. Sana sini ada je pameran/pertunjukan kesenian.
  • Ada orang kata orang sini kat mesra. Aku tengok OK je. Mungkin culture diorang memang macam tu. Memek muka. So far tiada masalah. Pertuturan bahasa pun sopan dan lembut. Cair mendengarnya ahaks
  • Jarang-jarang lihat orang bermain hp/ anti sosial. Kedai gajet pun susah nak jumpa. Iklan-iklan gajet pun rasa macam tak nampak.

A post shared by MNM (@denniszill) on


AMSTERDAM

  • Kat sini ada ramai Indonesian. Mungkin sebab diorang pernah kene jajah dengan Belanda, jadi hubungan tu masih rapat. Macam Malaysia dengan British juga ler.
  • Orang sini lebih fasih / jelas intonasi bahasa Inggerisnya. Katanya diorang pun diterapkan dengan ajaran bahasa Inggeris.
  • Kat sini diorang pun macam kat Malaysia. Kedai gajet kat mana-mana.
  • Kat sini Ganja dan pelacuran sah dari segi undang-undang katanya. Kalau nak isap ganja, boleh je pergi ke mana-mana kedai kopi.
  • Kedai makanan segera mcm KFC/McDonalds dan Starbucks pun byk kat sini.
  • Kat sini pengangkutan utama diorang adalah basikal. No wonder majoritinya kurus dan cantik belaka.
  • Orang Islam pun nampak ramai kat sini. Siap ada yang bekerja di kedai/shopping mall.
  • Banyak jual minyak wangi. Longgok-longgok gitew.

A post shared by MNM (@denniszill) on

LONDON

  • Keselamatan kat sini agak ketat. Tapi kene positif sebab ketat kat pintu masuk negara je. Lepas tu segala-galanya terasa selesa tanpa gangguan.
  • Makanan halal senang nak dapat. Tapi, oleh kerana kami duduk menyewa rumah, jadi tak merasa makan luar sangat kecuali KFC je. Masak kat rumah je. Barangan basah beli kat pasar. Nyum nyum
  • Kos hidup/harga barangan serba serbi lebih mahal berbanding negara eropah yang lain. Biasalah, matawang GBP kan lebih tinggi
  • Ramai orang Malaysia kat sini. Orang kat sini pun ramah dan mesra pelancong. Muslim pun ramai. Kehidupan harmoni dikalangan pelbagai bangsa, budaya dan agama kat sini.
  • Sama macam negara eropah yang lain, kat sini pengangkutan awamnya sangat banyak dan effisien. Google je…segalanya ada di hujung jari. Memang mudah nak kemana-mana.

Secara keseluruhnnya (pada ketika ini), aku dah berjaya hasilkan 66 post dalam blog mykeledek ini. Kat dalam Instagram pun melambak aku update gambar sepanjang masa tatkala disana. Sengaja simpan dan load kat sana. Senang. Sebab kalau nak load dalam blog, terasa beratlah pula nanti. Jadi, aku tarik je gambar disana masuk dalam blog. Jadi, blog tak lah berat sangat.

Sebelum bertolak #mnm #mykeledek

A post shared by MNM (@denniszill) on

Cuci Mata Di Galeries Lafayette Paris

Kata orang, kalau ke Paris, datang lah ke Galeries Lafayette un tuk membeli barangan mereka. Murah-murah belaka. Konsep Sogo kalau di Malaysia. Tapi kat sini barangannya branded yang amat. Main campak-campak je diorang hahahahaha.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Syurga untuk wanita je lah. Sebab time kami datang tu cuti tahun baru cina, jadi kelihatannya ramai warga cina yang datang dan berada dimana-mana. Meriah mereka membeli barangan. Makcik-makcik kaya raya.

Barangan lelaki? Not so impresss sangat lah. Sebab kami pun backpack je dan merancang untuk membeli belah di London sahaja. Pada masa sama, kami nak ke Amsterdam dulu. Jadi, satu hal plak nanti nak mengangkut. Sadis tak?

A photo posted by MNM (@denniszill) on


Tapi serious, memang murah dan berbaloi kalau nak membeli barangan mewah disini.

Bergambar Sakan di Louvre Museum Paris

Sedih dikkkk sebab tak dapat masuk ke dalam museum Louvre Paris. Rupanya mereka tutup pada hari selasa. Pengsan. 

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Salah percaturan hari kaedahnya hihi.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

A video posted by MNM (@denniszill) on

Nak masuk murah je pun. Sekitar berapa ringgit je. Tapi tu lah…tak ada rezeki nak masuk sana kan. Sabar je lah.

Jadi, apa yang kami lakukan adalah bergambar sakan di sekitar Louvre Museum ini. Agak ramai juga orang yang senasib dengan kami. Masing masing bergambar sakan.

Ini kalau buka rasanya penuh semangkuk dengan manusia agaknya. Yelah… rasanya inilah muzium paling popular di dunia. Rasanya antara yang terbesar juga. Bayangkan ada 35K koleksi yang tersimpan disini. Haruslah aku admire nak tengok kannn.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Tapi apakan daya, tak ada rezeki. Mungkin lain kali siapa tahu adalah rezekinya tu. Insyaallah

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Singgah di Moulin Rouge Paris

Moulin Rouge nie tempat pelacuran rasanya. Popular sebab ada filem mengenainya suatu ketika dahulu. Alang alang datang jejauh kan, kita singgah tengok ler tempatnya macam mana.

A photo posted by MNM (@denniszill) on

Hanya perlu naik train dan berhenti di station blanche. Naik je tangga terus jumpa. Tersergam merah menyala kat tepi jalan.

Kalau ikutkan memang itu je lah keadaanya pada belah siang. Agaknya mesti tempat ini meriah pada malam hari. 

Gengok keadaan kiri kanan dan orang yang ada macam semacam je kelihatannya. Jadi, apa lagi…ambil gambar kenangan dan terus pulang hihi.

A photo posted by MNM (@denniszill) on