HO CHI MINH VIETNAM : SEMANGAT

Seriously aku memang nampak semangat kenegaraan yang ada di sini. Sama macam di Thailand, penggunaan bahasa dan tulisan Vietnam memang meluas. Agak kurang penggunaan bahasa Inggeris. Tak tahulah pula camne dgn ibu negaranya Hanoi.

Ohhh mungkin dek kerana mereka pernah mengalami pengalaman perang.. Jadi semangat tu pun lain. Walaupun keadaan bangunan dan kawasan sekelilingnya nampak kurang maju, biasa2 sahaja tapi aku tgk mereka OK OK sahaja. So far lah kan..

Mereka menggunakan pemanduan belah kiri. Jadi memang berbezalah dengan di Malaysia. Pengsan. OMG keadaan jalan di sini memang memeningkan kepala. Tak larat. Banyak sangat motor + traffic light kecil + jalan ikut done je. Kalau tak biasa memang menakutkan. Hon sana sini.

HO CHI MINH VIETNAM : BANGUNAN PEJABAT POS HCMC

Sebaik sahaja kami habis makan petang tadi, aku + 2 org kawan aku telah jalan jalan cari pasal di sekitar kawasan hotel. Bukan apa, saja jalan kaki lihat lihat keadaan sekeliling bandar ini. Bagi aku, keadaannya tidak jauh berbeza dengan apa yang ada di Malaysia. Lebih kurang sama sahaja.

Alang alang berjalan tu, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki menuju ke InterContinental Hotel atas dasar untuk membeli baju TShirt di Hard Rock Cafe Saigon.

Daripada situ, kami menuju ke Bangunan Pejabat Pos HCMC. Bangunannya cantik dan sangat bersejarah. Pejabat Pos yang juga berfungsi sebagai pusat pelancongan. Orang tempatan datang berurusan untuk urusan pos dan para pelancong seperti kami pula sibuk klik klik gambar. Jakon gamaknya hahaha.

Sesuatu yang lain daripada yang lain disini ialah, aku perhatikan memang tiada anjing atau kucing atau haiwan liar yang berkeliaran. Pengsan. Memang betul lah kata orang, mereka makan daging haiwan ini. Sama apa yang berlaku di Malaysia di tempat penempatan pekerja dari Vietnam 🙂 pengsan

Selain daripada itu, aku dapati tapak perniagaan orang di sini tersangat flexible. Di sini aku boleh nampak orang meniaga di tepi tepi jalan dengan sempoi dan penuh yakin 🙂 daripada bengkel moto, gunting rambut dan juga kedai makan. sangat sempoi. Takut pun ada jgk

Ada banyak lagi gambar, LIKE dan lihat di Facebook Mykeledek

HO CHI MINH VIETNAM : MAKANAN MELAYU HALAL

Kami boleh dikatakan bertuahlah juga cz hotel kami terletak bersebelahan dengan Restoran Makanan Melayu (Halal). Aku rasa pengusaha Restoran ini berbangsa Cham iaitu Islam. Itu based on pemahaman dan pembacaan aku.

Suasana tempat makannya selesa. Apa yang menariknya disini ialah restoran ini pernah dikunjungi Krew Jalan Jalan Cari Makan TV3. Ada nampak plug JJCM di kaunter pembayaran. Kiranya kami agak yakinlah juga akan mutu dan status halalnya 🙂

Biasalah kalau kelur dengan orang tua mesti mahu makan banyak + pelbagai macam makan dirumah. Mereka bukan berkira sangat dengan harga 🙁 Kami order nasi putih 5 pinggan, Asam Pedas utk makan 3 orang, Sayur campur, Daging masak rendang, 2 cawan kopi, jus nanas, air kosong dan the tarik. Kesemuanya berharga USD45 atau lebih kurang RM135 lebih. Dalam bab ini, aku rasa kesilapan terbesar kami ialah kami menggunakan USD. Its better guna Vietnam Dong.

Apa yang menariknnya ialah environment lagu dan suasananya memang Rock. Pengsan

HO CHI MINH VIETNAM : 1001 PERASAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan rezeki yang diberikan dapat aku menjejakkan kaki ke bumi Ho Chi Minh Vietnam ini. Aku bersyukur..

Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Saigon lebih awal daripada yang dijangkakan. Area 10 minit je punnnn 🙂 suasananya seakan aman dan very da simple. Apapun, aku terfikir sejenak betapa kerdilnya manusia ini. Aku lihat betapa kecilnya deretan deretan dan binaan disini daripada udara. Macam kotak mancis..
Ohhh…. Apapun, aku rasa selesa dengan imegresen disini. Pujian awal harus diberikan cz tahap kelancaran dan perkhidmatan yang diberikan sangat cepat. Kaunter pendaftaran kemasukan pun mmg dibuka di kesemua kaunter. service sangat cepat. Tidak perlu mengisi apa apa borang kemasukan pun 🙂 ahaks.. Mudah

Tapi suasana orang di lapangan terbang ini memang nampak kesibukannya. Ramai betul orang. Ala2 artis pulak time berjalan keluar tu. Pengsan