HO CHI MINH VIETNAM : DI ATAS AWAN

Sekarang aku berada di atas awan. Dalam perjalanan menuju ke Saigon Airport yang dikatakan mengambil masa perjalanan dalam lingkungan 1 jam 30 minit.

Ohh… Not sure kenapa entry aku sebelum ini tidak boleh send. Seakan stuck dan error pada media photo kat blackberry ini. Aku sebenarnya agak jengkel dengan curve ini. Not sure kenapa capaian networknya amat lemah. Pantang kene kacau sikit. Mesti mahu hilang signal bagai. Rasa mahu lempang je.

Hurmmm… Xpe. Yang penting aku berkesempatan untuk membuang air kecil di atas awan. Pengsan 🙂

HO CHI MINH VIETNAM : KELEWATAN YANG TERSERLAH

Takdir tuhan.. Kami kelewatan untuk datang ke ERL Putrajaya. Aku sudah pesan awal. Tapi nak buat macam mana, pandangan si kerdil sapa mahu dengar. Jadi just let it go 🙂

Mahu naik train untuk pukul 6.50pagi memang tidak akan sempat. Alhamdulillah, kami semua sempat menaiki train untuk pukul 7.20pagi. Lagi 4 minit train mahu sampai, kami sudah terpacak di sana 🙂 lucky ticket sudah dibeli dahulu. Kira OK lah tu

Hidup jangan menggelabah 🙂 ahhh, semua orang pun sama sahaja. Tiada bezanya.

Sekarang sedang berada di Bus menuju ke LCCT.

HO CHI MINH VIETNAM : PAGI JUMAAT YANG TENANG

Pagi Jumaat… Kami bangun seawal sebelum subuh dan beransur ansur bertolak selepas subuh. Lucky cuacanya cerah dan aman sahaja. Semoga semuanya berjalan dengan lancar sahaja disepanjang perjalanan kami ini. Dijangkakan akan memakan masa kurang daripada 2jam. Harapnya cuaca di atas sana baik baik belaka.

Diharapkan juga segala aspek keselamatan semuanya terjamin. Lapar.. Lucky sudah order makanan di flight nanti. Emm.. Kesian cici kene tinggal untuk 3 hari keseorangan bersama2 ikan di rumah. Ohhh mungkin hanya 2malam sahaja.. Cz pagi jumaat bertolak dan petang ahad kami sampai. Apapun, thx to jiela cz membantu dari aspek transportation.

Risau bercampur debaran 🙂

HO CHI MINH VIETNAM : KHAMIS MALAM JUMAAT

Pejam celik pejam celik, rupanya esok pagi aku dan 4 orang yang lain akan bertolak ke Ho Chi Minh Vietnam. Tepat pukul 5 pagi lebih kami semua harus bersiap siap untuk ke sana. Means, lepas subuh je mesti dah keluar rumah. So area pukul 7 lebih kami sudah boleh naik ERL ++ menuju ke LCCT. Tiket pukul 9.15pagi.
Insyaallah, kami akan solat jumaat di bumi Vietnam. Harapnya aku dapat berjumpa dengan umat islam disana. 1001 pengalaman baru sedang menunggu kami berlima disana 🙂

Perjalanan kami ke sana juga adalah atas urusan mahu membuka suatu perniagaan secara kecil kecilan. Siapa tahu untung sabut… Langkah pertama ini akan memberikan satu idea atau pengalaman baru dalam selok belok perniagaan. Cadangannya kami mahukan sesuatu yang senang dijual dan demand yang tinggi dikalangan rakan rakan atau keluarga terdekat dahulu. Hurmmm still not confident yet 🙂

Malam ini perlu tidur awal, so boleh bangun awal. Oitttt…diharap semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. Insyaallah.

12 MASJID DI HO CHI MINH CITY VIETNAM

Sebagai orang Islam,sudah semestinya makanan halal dan masjid merupakan salah satu perkara utama yang perlu diambil kira sebelum sesuatu perjalanan itu dimulakan. Jadi, aku tidak mahu perjalanan ke HCMC kelak sedikit terganggu gugat dek kerana perkara ini.Lagi-lagi kali ini pergi bersama orang tua. Kene pastikan segalanya berjalan lancar.

Kalau kita google tentang Saigon atau Kota Ho Chi Minh, memang susah untuk kita cari keterangan tentang masjid di Ho Chi Minh City ini. Data yang ada disitu pun cuma menyebutkan populasi umat Islam adalah kurang dari 2%. Berikut merupakan taburan penduduk HCMC berdasarkan kepada anutan agamanya : Buddha 80%, Katolik Roma 11%, Protestan 2%, lain-lain (Cao Dai, Hoa Hao, Islam , Hindu, Baha’i) 2%, dan tidak ada agama atau tidak diketahui 5%.

Continue reading 12 MASJID DI HO CHI MINH CITY VIETNAM