ORANG ISLAM CHAM PADA ZAMAN POL POT

MASYARAKAT Islam Kemboja yang lebih dikenali etnik Champa sudah bertapak di negara itu sejak ratusan tahun lalu. Pergolakan, perang saudara, penjajahan dan ketidakstabilan politik menyebabkan ramai daripada mereka menjadi pelarian termasuk ke Malaysia.

Sebelum Khmer Rouge menguasai Kemboja, orang Islam Cham meliputi 10 peratus atau 700,000 daripada tujuh juta penduduk Kemboja. Bagaimanapun, selepas kejatuhan Khmer Rouge pada 1979, hanya 200,000 etnik Cham masih hidup. Justeru, daripada dua juta rakyat kemboja yang terbunuh, 400,000 hingga 500,000 daripadanya etnik Cham.

Continue reading ORANG ISLAM CHAM PADA ZAMAN POL POT

25 FAKTA MENGENAI HO CHI MINH CITY VIETNAM

Orang kata, sebelum pergi ke mana-mana tempat yang asing, kita kene tahu dahulu sifat dan ciri ciri tempat dan penduduk dikawasan itu. Jadi, disini aku senaraikan tambahan 25 fakta mengenai bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam :-

LOKASI DAN SEJARAH HO CHI MINH CITY VIETNAM

Bandaraya Ho Chi Minh merupakan sebuah bandar terbesar di Vietnam. ia juga turut dijadikan sebagai hub ekonomi dan budaya bagi negara ini.Pada asalnya, ia merupakan wilayah Kemboja sehinggalah bangsa vietnam mentadbir sendiri bandar ini pada abad ke-17.

Continue reading LOKASI DAN SEJARAH HO CHI MINH CITY VIETNAM

BEN THANH MARKET

Insyaallah, next trip aku selepas ini ialah Ho Chi Minh City. Semoga Allah memudahkan urusan kami semua untuk keluar melihat kepelbagaian ciptaan-Nya. Besar kemungkinan selepas ini, aku akan lebih banyak mengeluarkan entry yang berkaitan dengan HCMC, Vietnam ini. Bukan apa, untuk rujukan dan bekalan aku di sana nanti. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.
Jadi, entry pertama aku mengenai HCMC ini ialah mengenai Ben Thanh Market. Ini merupakan salah satu tempat utama yang akan kami pergi lawati nanti. Berikut merupakan 10 perkara mengenai Ben Tanh Market :-