Hukum pancut luar adalah Harus kerana Nabi saw membenarkan / tidak melarang perbuatan tersebut. Ini berdasarkan kepada dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dibawah:
"Kami dahulunya melakukan azal padahal waktu itu al-Quran masih diturunkan.' Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, Kami melakukan azal pada zaman Rasulullah masih hidup dan perbuatan itu diketahui oleh Baginda, namun Baginda tidak melarang kami.' - Hadis Riwayat al-Bukhari
Bagi mengelakkan pergaduhan, perbuatan azal (pancut luar) ini mesti mendapat persetujuan bersama suami isteri. Hal ini demikian kerana pasangan masing-masing akan bersedia dan rela hati dengan kenikmatan yang sedia ada.