CEKODOK CITARASA AKU

image

Tengahari tadi aku pusing pusing area Semenyeh dan Kajang untuk mencari tempat makan tengahari aku. Tak jumpa dik. Kalau ada pun ala – ala kopitiam / restoran makanan segera je. Aku nak cari yang masak masakan kampung / menepati selera. Tak jumpa dikk.

Agaknya hari cuti ramai tutup kedai / aku tak masuk lagi deretan kedai-kedai kat dalam tu kot. Next time kene usha-usha lagi.

Oleh kerana tak jumpa kedai makan tengahari, aku patah balik ke rumah. Terus masak cekodok / jemput-jemput. Aku guna tepung cucur lemak manis. Tinggal bancuh dan goreng sahaja. 200g tepung + 150ml air.

Rasa sedap + bau pun harum je. Tapi one thing aku perasan. Aku tak berapa nak feeling-feeling dgn tepung yang telah siap dicampur dgn itu ini untuk digoreng as cucur/cekodok/jemput-jemput.  Aku lebih suka rasa tepung gandum yang aku adun sendiri dengan bahan bahan spt ikan bilis, bawang, garam etc. Jiwa aku tidak boleh makan sangat dgn cekodok moden nie.

Dengan kata lain, malam ini wajib beli tepung gandum hihi. Nyum nyum nyum.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI