CENANG REST HOUSE (INN) LANGKAWI

image

Tempat penginapan pun dah booking dan bayar via Agoda. Last minute punya decision memang camnie. Agak huru hara sedikit. Secara kebetulan plak time nak pergi tu memang suasana ambang merdeka bagai. Pastu demand nak duduk kat tepi pantai. Senang nak mandi manda katanya. Sabar je lah Cik Jah.

Ada beberapa tempat yang kawan recommend kalau nak stay kat tepi pantai. Tapi mostly semuanya dah penuh dan kalau ada pun, agak mahal harganya. Aku memang dah tetapkan bajet harga untuk semalam ialah bawah RM100 camtu.

Sebelum nak beli tu, memang tengok tengok dulu apa komen orang kat tempat yang nak di booking tu. Pastu, nak kene tengok kedudukan geografi nya. Dekat dengan pantai (pantai cenang paling popular dan meriah) atau tidak + senang nak dapatkan makanan atau tidak.

image

So, usha punya usha dapatlah Cenang Rest House (Inn). Kedudukannya memang dekat dengan pantai dan nampak macam meriah je huhu. Harapnya segalanya ok dan baik baik sahaja di sana nanti. Insyaallah.

Harga bilik yang dah di book tu ialah RM90 ++. Dek kerana stay 4 hari 3 malam, jadi kali kan je lah ek. Pastu tambah 10% untuk service tax. Aku nak tengok gak service camne yang diorang akan bagi nanti huhu.

At the same time, aku sebenarnya pelik dan keliru dengan Cenang Rest House dengan Cenang Rest House (Inn). Kedudukannya dekat2. Ownernya sama atau camnie. Pengsan

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI