Aku baru sahaja pulang daripada Tiara Beach Resort atas urusan rasmi aku. Dalam perjalanan pergi tu, tetiba teringat akan kawan aku yang kata ada cendol sedap kat area Senawang / Seremban. Tu yang terus google dan finally, aku jumpalah Kedai Cendol Leman Dawi. Sebaik sahaja selesai tugasan, aku and the krew terus ke sini. Nak gak merasa apa yang sedap dan istimewanya cendol nie.
LOCATION : Jalan Sungai Gadot Seremban ( along the Seremban – Tamoin old trunk road just after Senawang )
Time kami datang tu, orang tak ramai sangat. Maybe cz waktu bekerja kot huhu. Lucky r cz aku dengar, tempat ni memang popular.
Aku disapa oleh pemilik kedai tatkala menanti giliran untuk membeli cendol.Pengsan….. Pak Leman rasanya kot tu. Cz beliau Tersangat ramah. Siap explain itu asal usul jata negara yang ada pada baju turun padang aku. Terkesima dan tak tahu nak cakap apa. Beliau cakap macam dalam nada sekali nafas sahaja. Pengsan…
Tersangat berpengetahuan.
Pak leman tak henti henti melayan para pengunjung yang datang ke kedainya. Sampai aku sendiri rasa malu sebenarnya hihi…. siap explain akan asal usul tempat kelahiran aku, my krew dan pengunjung yang lain. Terkesima lagi.Apapun mungkin inilah daya tarikan Cendol di kedai beliau. Sambil makan, sambil mendengar Pak Cik Google berbicara. Its good and unique
Selain daripada Pak Cik Leman sendiri, istimewanya tempat ini ialah banyak yang PERCUMA. Nak tambah cendol percuma, order air percuma, ais percuma ++++. Harga yang ditawarkan pun tersangatlah berpatutan.
Apa yang menariknya, Pak Cik Leman turut menunjukkan kepada kami bjku catatan yang aku rasa sebagai sumber rujukan utama beliau. Nampak gayanya, beliau memang suka membaca dan explore ilmu pengetahuan serta isu semasa. Satu contoh yang baik. Yang lucunya, beliau sempat lagi mengukur panjang batang rokok dengan menggunakan pembaris kululi. Terbukti memang betul …