Champs Elysees ni nama jalan dan Arc de Triomphe ni tugu peringatan. Kedudukannya dekat-dekat je. Boleh lah feeling-feeling orang kaya raya jap kalau berjalan-jalan kat sini.
Nak tengok ibu pejabat butik LV yang utama dan besar gedabak pun boleh. Apapun, kene hati-hati sebab orang ramai sangat. Mana tahu kene pick pocket ke kan.
Nak naik atas Arc de Triomphe tu kene bayar rasanya. Tapi tak ingat berapa sebab ramai sangat orang. Kami plan nak turun ke bawah tanahnya sebab katanya ada tengkorak-tengkorak manusia yang dijadikan dinding. Tapi tak dapat masuk sebab ramai sangat orang jua.
Kalau dapat masuk tu memang syok ler.
Boleh juga singgah ke shopping mall kiri kanan jalan tu. Harga jualan barangan pun not bad. Boleh tahan murah pada harganya yang mahal (berbanding harga Malaysia).