Semalam petang, dok singgah makan Sushi King di MidValley. Daripada 2 buah restoran, jadi sebuah je restoran Sushi King kat MidValley nie. Hairan cz sekarang nie muncul macam macam jenis restoran jepun kat sini.
Semasa aku ambil order, pelayan tu kata diorang charge 50 Sen untuk 1 uncang teh hijau tu. Teh segera je pun nampak gayanya.
Diorang bagi se jag air panas, kemudian bancuhlah sendiri teh hijau tu huhu. Aku suka minum teh hijau nie. Pernah sekali tu aku rasa pening pening lalat macam nak muntah. Lepas minum teh hijau nie, aku rasa bertenaga dan kembali senyum hahahaha. Pengsan.
Pelik – tak dapat lagi minum teh hijau free kat Sushi King 🙁