Buat full medical check up disini hari ini. Gigih mencari klinik yang ada xray sekali. Asalnya aku pergi ke Klinik Rasa XRay dan Ultrasound di Seri Kembangan sebelah The Mines. Tapi oleh kerana pekerja disitu agak sombong dan tidak mesra langsung, terus batalkan niat. Kos yang dikenakan disitu RM152 katanya.
Thats why aku melilau pergi ke Bangi. Langkah kanan sebab belok je kenderaan dari Silk Highway terus jumpa. Layanan pun baik dan lembut je. Walaupun pekerjanya agak kekok tapi nampak usahanya itu. Much more better. Bayaran yang dikenakan ialah RM140.
Alhamdulillah urusan lancar dan jumaat nanti diorang akan call untuk collect result.