CHICKEN BOTI KABAB WITH MENDY RICE

image

Jumaat malam sabtu nie, ramai warga Putrajaya yang telah ‘pulang’ ke kawasan mengundi masing masing (agaknya).Sunyi sepi je kawasan sekitar rumah aku. Selalunya parking kereta penuh memanjang. La ni, dah macam cuti hari raya haji je hahahaha.

Alang alang lengang je nie, ada baiknya makan nasi arab di Mr Kebab and Briyani Presint 15. Aku agak lapar malam ni. Sedih.

Selalunya, aku order Cheese Naan dan kari ayam. Tapi malam nie, macam nak cari dan cuba menu lain pulak. Yup, aku cuba makan Chicken Boti Kabab with Mendy Rice.

image

Ingatkan kebab tu kecik je. Rupanya penuh memanjang kat pinggan. Pengsan. Jadi satu hal plak nak keluarkan satu persatu hihi. Panas panas. Yummy.

image

Not bad jugak rasanya. Cuma, dek kerana aku adalah pencinta cili dan rempah ratus, so aku agak tak feel sangat makan. Mesti lagi syok makan nie kalau rasa cilinya lebih pedas dan berapi. Pastu ayamnya diperam lebih dengan 1001 jenis rempah ratus.

Oh, lupa. Ini restoran arab. Hahahaha.

image

Apapun, aku memang layan minum lassi kat sini. Pekat, lazat, fresh dan original. Terasa keenakannya. Gitu.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI