Salina lepas geram + mengidam nak makan di Chicken Rice Shop katanya. Aku plak nak lepas geram main PC Game. Haaa, sesuai lah sangat. Lubuk beli CD/DVD game memang kat The Mines 🙂
Aku sebenarnya tak berapa berkenan makan kat Chicken Rice Shop ini. Tak pedas u olllzz. Kalau bukan kerana Salina Mansyahar, memang tak menyinggah punya. Hahaha.
Bab order, aku serahkan 100% kepada Salina untuk memilih. Ohhh, rupanya di sini diorang ada buat menu berpakej. So, kami pun order Set B untuk 2 orang dan tambah kerabu mangga + tukar softdrink kepada teh o ais limau.
Syukurlah, kami tidak menunggu lama untuk makan kat sini. Kejap je sampai. Sama – sama melepas penat u olllz. Melantak je apa yang ada depan mata.
Nah kau, sekali datang terus penuh kat meja dengan pelbagai jenis lauk pauk. Tak tau plak Set B yang diorder tu ada banyak lauk. Pengsan.
Tak pernah merasa makan ayam butter. Not bad jugak lah rasanya.
Boleh tahan kuat makan juga Salina ini makan hihi. Dia makan pelan tapi non stop. Aku plak makan dgn laju (agak gelojoh) dan cepat kenyang. Gigih jugak lah aku menyumbat makanan cz total harga ialah RM55.50. Sayang yang amat kalau tak abis nie dikkkk.
See, akhirnya kami berjaya menghabiskan kesemuanya. Sampai lemah longlai bak ular sawa aku tengok Salina Masyahar nie hahaha. Pandai kamu posing. Memang sesuai untuk jadi duta makanan. Pengsan 10 juta kali.
Emm, nasib baik Salina order Kerabu Mangga. Nampak jugak cilinya. Aku gigih sungguh sungguh cili potong yang ada kat dalam kerabu mangga tu. Hihi.
Syukur alhamdulillah kenyang yang amat.