CODOS PET DRYER

image

Alhamdulillah sangat, selepas beberapa siri drama dan propaganda yang hebat, akhirnya sampai juga Codos Pet Dryer ini. Harga pasaran katanya RM650.  Tapi anak-anak kucing aku dapat pada harga RM550 (penghantaran percuma).

image

Beli daripada NSS Petshop Enterprise @ Sungai Besar Selangor.  Meriah bukan? Rasanya inilah harga paling murah via online yang ditawarkan.

image

Sebenarnya ada beberapa pilihan untuk Pet Dryer ini. Tapi usha punya usha, akhirnya pilih yang ini juga. Alah membeli menang memakai. Nampak gaya macam produk gabungan Korea + Jepun + China. So, kita OK lah tu kan.

image

Agak besar jugak saiznya. Not sure lagi macam manalah rupanya time men dry bulu-bulu kucing.  Mesti kuat angin + panas hihi.

image

Plan nak guna esok pagi untuk mandikan anak Mia. Tapi soket yang Codos guna ini bukan jenis Malaysia punya. Ini mesti jenis soket dari negara pengeluar. Satu kerja lagi untuk mencari palam pencucuh yang berkenaan 😯😯.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI