COFFEE TABLE UNTUK MONITOR

image

Plannya nak beli meja besar gedabak untuk jadi workstation aku kat rumah. Tapi dok fikir punya fikir balik, beli je coffee table. Alasan – saiznya lebih sesuai untuk diletakkan dalam bilik huhu.

image

Agak pelik dan susah nak pasang Coffe Table nie. Plan yang diberikan pun ala ala melepaskan batuk ditangga je. Tak faham langsung hahaha.

image

Dek kerana susah nak pasang dan anak anak kucing plak dok suka mengacau cz rasa jakon yang menebal, so aku kurung jap diorang. Padan muka korang hahahaha. Mak dia plak dok bising cz anak anak kene kurung. Pengsan.

image

Untuk letak keyboard dan mouse plak, aku beli meja jepun untuk budak kecik tu. Harga untuk Coffee Table ialah RM99 dan harga untuk meja jepun plak RM16 camtu.

image

Tadaaa, siap pun. Next ada duit lebih nak beli kipas angin kecik plak untuk CPU. So, aku dok online dan buat kerja dirumah hanya dengan bersila je lah gamaknya hihi. Kedudukannya pun just nice je. Syukurlah.

image

image

Yang tensionnya tu, anak anak kucing nie dok lepak kat depan monitor tv la plak. Dok online sekali. Pengsan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI