Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (panjang betul nama) ini merupakan ‘essence’ ketiga yang aku cuba selepas SK2 dan Watson 360. Tertarik untuk membeli dan mencubanya sebab produk ini boleh dikatakan viral dan punya review yang baik dikalangan warna internet.
Harganya pun taklah semahal mana. Sekitar RM50 hingga RM60 sahaja untuk 100ml. Pek yang menggunakan botol plastik. Pada awalnya, aku agak janggal sebab guna botol plastik. Tapi, akhirnya aku boleh terima sebab tahan lasak dan aku tak risau kalau jatuh / kucing aku lari kehulu-hilir panjat sana sini. Boleh? hahaha
Baca: Wish For Wedding : What to Write in a Wedding Card
Cosrx Snail 96 Mucin Power Essence Ingredients
Snail Secretion Filtrate, Betaine, Butylene Glycol,1,2-Hexanediol, Sodium Hyaluronate, Panthenol, Arginine, Allantoin, Ethyl Hexanediol, Sodium Polyacrylate, Carbomer, Phenoxyethanol
Claims by Cosrx
Cosrx’s Advance Snail 95 Mucin Power Essence is an essence/serum formulated with 96% snail secretion filtrate. Snail secretion filtrate is great for your skin that’s needing some hydration and love as well as looking for anti aging properties. Damaged skin, acne scars/blemishes will also be visibly reduced with the help of the Snail 96 Mucin Power Essence. What’s not to love? Suitable for all skin types.
Aku akan pakai Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence pada waktu hujung minggu dan belah pagi (sebelum pergi kerja). Sekitar waktu dhuha, aku cuci muka sebab nak solat dhuha. Kemudian, kadang-kadang selepas maghrib aku akan pakai (kalau tak ada kelas).
Baca: How To Use: Medi-Peel Melanon Malaysia Review
Agak melekit tekstur essence ini. Yelah, guna lendir siput katanya. Spesis siput yang mana tak tahu lah apa. Pada awalnya, aku agak tak selesa mana dengan tekstur essence ini. Tapi, lama kelamaan terbiasa dengan teksturnya. Agak mudah untuk diratakan dan mudah meresap. Selalunya aku pakai antara 2 atau 3 picit. Pakai essence ini sahaja sudah cukup memadai aku. Sangat melembap kulit muka.
Pernah beberapa kali aku mahu cuba kelainan kulit muka aku kalau tak pakai produk ini. Kering okay! Memang berbeza betul. Daripada situ, aku tahu, produk ini memang elok dan melembap kulit muka aku.
Tengoklah pada isi kandungan padanya, sedikit je. Tak macam produk lain yang berjela panjang senarai ingredients-nya. Less is more…….Seperti biasa, aku akan prefer produk yang bebas kimia dan paraben.
COSRX Advance Snail 96 Mucin Power Essence dapat membantu mengatasi permasalahan kulit, memperbaiki tekstur kulit dan tona tidak sekata – katanya. Yup, untuk kulit muka aku, aku dapat merasakan keberkesanannya.
One of my fav product so far.