Beberapa minggu lepas, sokmo ternampak posting orang di Media Sosial dan iklan google mengenai produk ini.
Kawan sepejabat pun katanya memang mengamalkan pemakaian Blackhead Remover nie. Memang berlambak dijual di pasar malam dan online.
Aku pun gigih lah mencari di 11Street dan Lazada. Okay dapat sudah produk yang dicari pada harga yang murah. Lazada is the best untuk aku shopping online sebab jaminan dan cara kerja yang lebih meyakinkan berbanding yang lain.
Seperti biasa, aku akan beli secara berjamaah. Ambil order dari kawan-kawan sepejabat. Kesudahannya, order 4 unit terus. Hari ini order, lusanya sampai hihi.
Tak menyabar dan rasa macam nak menguji keberkesanannya, aku pun terus pakai. Tempek tempek sana sini kasi kering selama beberapa minit (setengah jam macam tu).
Ohhh, memang berkesan. Dia kasi tarik bulu-bulu roma dan bintik hitam pada muka. Rasa macam bersih dan putih hahaha.
Time sudah kering dan nak tanggalkan pun tak susah. Sesedap rasa je. Berbaloi sangat dik sebab harga pun murah je – RM14 camtu (free post) ahaks.