DAFTAR KUCING PARSI DI CFA

Alhamdulillah, Si Kucing Hitam Hiroki telah pun berjaya didaftarkan di The Cat Fanciers’ Association,Inc. Nama rasmi dia ialah CherryPie Ryuu Hiroki. Emm, lama jugak nak dapatkan surat beranak dia ini dari pemilik asal + urusan pendaftaran di CFA.

Apapun, syukur cz segala transaction berlaku dengan selamat 🙂

Hiroki ini nenek moyangnya ialah Taragona’s After The Rain. Antara kucing yang popular di dunia katanya. Aku pun iya kan ajer. Haritu, diorang ada tunjukkan aku blog owner Taragona’s tu. Tapi aku lupa nak salin apa URL dia. Dok mencari cari kat internet tak jumpa plak.

Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, Ryuu ini adalah ‘kata nama family’ yang akan digunakan untuk anak anak Hiroki nanti. Insyaallah, awal tahun depan dia akan berkahwin dengan Soxie, Mia dan On J —> tak mustahil dengan Cici juga.

Plannya memang nak masuk bertanding. Tapi macam tak yakin jerk huhu. Lagipun Hiroki agak kurus lagi. Nak masuk bertanding karang buat malu orang je.

Oh ya, untuk sebarang pertanyaan mengenai CFA atau yang seangkatan denganya, sila layari terus laman web CFA seperti yang telah di hyperlink di atas. Semua persoalan anda akan terjawab disitu 🙂

Pengsan

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI