Harini, kitorang hantar mak kucing vaksin ( 2 tahun ).dan anak anak kucing ( 3 bulan ).
Sebelum ini kami hantar mak kucing ini ke Hospital Veterinar Universiti UPM. Asalnya rasa syok dan selamat lah jugak cz kesihatan mak kucing dijaga oleh doktor / klinik / hospital kerajaan. Murah kot berbanding klinik swasta.
Tapi, lama kelamaan rasa macam kurang berpuas hati dengan perkhidmatan di sini plak. Kenapa? Harga agak mahal + waktu menunggu yang agak lama ( half day jugak lah ) + service biasa2 + pastu macam doktor pelatih je nampak gayanya ( gaya dan cara rawatannya agak kaku ). Ini hanya pendapat peribadi sahaja OK. Jangan ada yang terasa. Huhu. . Maafkan aku.
Syukurlah, kini kami sudah temui klinik haiwan dan surgeri berhampiran yang bersesuaian / agak murah / fleksible / very friendly / sangat membantu + + +.
Klinik Haiwan & Surgeri Taman Equine, No 22/1 Jalan BPP 8/4 Bandar Putra Permai, Taman Equine Sri Kembangan.
FB : Tanya Sama Vet.
Rizal : 017 – 659 8036.
So far OK je. Kat sini pun ada perkhidmatan boarding. Time kitorang pergi China haritu pun memang hantar ke sini. Syukurlah nak. Semuanya baik baik belaka. Hihi.
More info? Call atau terjah FB diorang.