Issshhhh, azab betul aku sebab lupa duduk mana semasa outstion di Bandung, Indonesia tahun lepas. Suasana yang agak letih juga sebenarnya sebab tatkala itu timing kali lari dek kerana kesesakan lalu lintas yang teruk + aku berkejaran untuk mencari prepaid telefon telco indonesia huhu.
Susun atur yang lebih kurang sama sahaja nampak gayanya. Biasalah, lagipun aku duduk hotel sekadar untuk tidur semata-mata. Belum lagi tahap dewa dewi nak menikmati keasyikan dan kenyamanan duduk di Hotel. Its not me. Bekerja kan.
Apapun, betul kata orang, kalau keluar outstion dan duduk di Hotel tu kene duduk seorang. Sebab lebih privacy dan kita nak buat kerja pun mudah. Kalau dapat teman yang OK tak apa. Kalau dapat yang huru hara, Aiyooo tak dapat nak menegurnya.
Serious, aku tak ingat kenangan duduk di Hotel @ Bandung ini. Hairan. Apa yang terjadi?