Jumaat malam sabtu memang malam yang sesuai untuk merendek di Kota Raya 🙂 Jadi malam ini aku merendek sampai ke Bandar Sri Permaisuri Cheras. Semata mata untuk makan durian.
Gerai menjual durian ini terletak di tepi jalan je. Dekat dengan simpang 3 + berhadapan dengan Maybank. Tahun lepas pun aku memang pernah pergi sini. 3 malam berturut2 cmtu.. Gitew
Hajatnya nak makan Mao Sang King atau D24 atau 101 atau yang seangkatan dengannya. Tapi time kami datang nie yang ada cuma durian kampung + + je. Tapi tak apa lah, bedal je. Lagipun harganya pun boleh tahan murah jugak. Ada RM10 utk 2 biji dan ada juga RM20 untuk 3biji. Depend on size.
Tapi puas juga sebenarnya. Yelah, banyak kot aku makan..huhu. Lagipun keluarga aku dulu memang ada dusun durian. Kenangan sangat..
Semasa kecil dulu (sebelum pindah), dusun tu memang di belakang rumah je. Memang macam macam ada. Rambutan + durian + manggis + cempedak + nangka + cengkih + kari + sukun +++ Siap ada kolam lagi. Oh, sedih..now dah semak. Semasa nenek aku sihat lagi, dialah yang rajin dok bersihkan kawasan itu. Yang penting akulah cucu yang sentiasa menemaninya. Semoga Allah memanjangkan usia nenek aku. Insyaallah
Cucu kesayangan katanya 🙂
Posted from WordPress for BlackBerry.