EVOLUSI TELEFON

Ingat lagi time di Sekolah Rendah, cikgu sains aku bagitahu orang yang mencipta telefon ialah Alexander Grahambell – ejaan betul ke? Hihi.. Cikgu Ahmad Tazlan namanya. Satu satunya cikgu yang aku jumpa, mahu jumpa dan tak malu jumpa. A Very good cikgu. Now dia mengajar di Sek Menengah kot.

image

Dahulu, sesiapa yang ada telefon bimbit memang kaya dan hebat r. Aku ingat lagi, gigih bapak aku suruh aku call via public phone untuk call akak aku yang still belajar kat Melaka dulu. Semua ini gara gara telefon talian tetap kat rumah aku tak boleh guna. Pengsan.

Tapi siapa tahu, sekarang ni aku rasa hampir setiap orang kot ada / pakai telefon aka telefon bimbit. Hebat! Dahulu telefon bimbit bapak besar macam gajah. Tapi la nie, tengok r saiz ciput bebenor. Siap boleh amik gambar dan berinternet bagai. Tak tahulah apa akan jadi pada masa akan datang. Hologram kot

image

image

image

Dek kerana canggihnya telefon bimbit pada zaman sekarang ini, telefon talian tetap makin ditinggalkan. Dan of cz salah satu faktor lain yang menyebabkan talian tetap semakin ditinggalkan ialah kerana banyaknya kes kecurian kabel yang memang sukar dibendung. Contoh terdekat rumah aku kat kampung. Banyak kali mengalami gangguan perkhidmatan semata mata cz org bongok mana ntah yang dok suka curi kabel telefon kat kampung aku. Daripada tiap rumah ada talian tetap, sampailah rumah aku jadi rumah last yang ada talian tetap. Kami terpaksa potong cz mana tahan tiap bulan bayar bill tapi service asyik terganggu.

Semoga budak budak nakal yang suka mencuri kabel tu sempat insaf sebelum terlambat.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI