EXPO BUKU ISLAM 6 PUTRAJAYA

image

Semalam secara tidak sengaja, aku dan anak anak pergi Expo Buku Islam 6 Putrajaya di Dewan Cempaka Sari Perbadanan Putrajaya. Nasib baik dekat dengan pejabat kitorang hihi.

Memang boleh nampak banner promosi kat merata mengenai expo ini. Tapi aku buat dek je cz nampak macam biasa biasa je expo ini hihi. Tapi, sangkaan aku meleset sama sekali kot. Tatkala aku masuk ke ke dalam tapak expo ini, ada 1001 jenis buku yang aku memang teringin nak miliki huuuu. Rasa macam nak borong semua je.

image

Kebanyakan buku buku yang dijual disini memang kegemaran dan memenuhi citarasa pembacaan aku.

image

Time aku datang memang office hour, so taklah ramai sangat orang yang datang sini. Besar kemungkinan waktu cuti hujung minggu nanti ramai kot.

Antara syarikat yang membuat jualan disini ialah Sinergy Ilmu ( penganjur ), PTS Publications, Mustread dan Kumpulan Media Karangkraf. Huhu kebanyakannya memang company fav aku pun.

Plannya memang nak beli lebih cz kat sini diorang bagi diskaun 10%, 20% dan ada yang buat penjualan secara berpakej. Aiiii geram plak tengok. Aku terpaksa lupakan je hasrat nak borong buku buku tu dek kerana teringat duit baru habis kat service kereta dan aku nak pergi outstation hari ini huhu. Pahang, here we come katanya u ollzzz.

More info? Boleh rujuk laman web diorang di Expo Buku Islam.Com. Expo ini start dari 22 Feb hingga 3 Mac 2013 dan dibuka dari jam 9pagi hingga 7ptg.

image

image

Buku pertama yang aku beli disini ialah Malam Pertama di Alam Kubur yang berharga RM8 ( harga asal RM10 ). Buku kedua yang aku beli pula ialah Rahsia Alam Kematian dan Alam Barzakh yang berharga RM35 ( harga asal RM39 ).

Aku jadi bertambah tambah minat nak mendalami alam kubur / alam barzakh ini sejak kematian nenek aku. Bayangkan, pada masa itulah pertama kalinya aku melihat wajah jenazah + melihat sendiri proses pengkebumian sehingga selesai dan merasai sendiri detik detik 7 langkah orang terakhir yang meninggalkan pusara. Ia amat menginsafkan. Sampai sekarang aku ingat dan aku akan make sure aku akan ingat pengalaman ini.

Rindunya aku kat arwah. Proses pengebumian dilakukan pada waktu malam area jam 10 lebih. Can feel ada sesuatu yang tidak boleh dilihat sedang memerhatikan.

Daripada pengalaman,kedangkalan dan kecetekan ilmu inilah aku dok mencari buku yang berkaitan dengan alam kubur / barzakh. Akhirnya dapat jugak buku yamg dikehendaki. Syukurlah nak huhu.

Nak gak tahu apa itu kematian dan apakah keutamaannya? Apakah ciri ciri kematian yang baik? Bagaimana rupa dan sifat malaikat maut dan.pembantunya? Bagaimana keadaan roh selepas berpisah dengan jasad? Ni tengah nak belajar lah ni huhu.

Apapun, hidupkanlah aku selama kehidupan ini baik bagi aku dan matikanlah aku apabila kematian itu lebih baik bagi aku.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI